Tuesday, September 18, 2018

Slay dan outsation

Macam biasa, bila aku outstation, aku akan rindu pelangi. Bila dia depan mata pun, aku boleh rindu. Aku pun tak faham perasaan rindu ni.


Aku kena pergi Riau untuk 3 hari. Pelangi pun outstation. Selalu aku follow dia sebab aku jadi driver dia. Tu memang kerja hakiki aku (pelangi yg cakap mcm tu). Tapi kali ni, ktorg serentak kena outstation. Aku risau jugak dia drive by herself. Dia mmg drive pergi kerja. Tapi mmg itu je la route dia. Pergi kerja-balik kerja. So, aku mmg bangga dia outstation dan tidur hotel sorang.


3 hari mcm tak lama. Mungkin sebab bilik hotel besar, rasa sunyi pulak. Lgpun, ktorg dah lama tak bercuti. Mungkin sebab tu aku nak dia ada dgn aku sekarang. Tapi, being adult ni, kena la dahulukan yang dulu. Aku masih dalam fasa menerima kenyataan yg aku ni working adult yg mana masa aku tak semewah dulu. Boleh senang-senang hati buang masa.


Semester ni aku ada 3 kelas. Nasib cuma 1 kelas je yg ada lab. Ni semester ke 3 aku mengajar. Tapi lemau gila nak start sebab cuti sem panjang hari tu. Jun ke sept. Sem lps cuti jan ke feb je. Walaupun cuti panjang, aku masih tak sempat kemas office aku. 


Semoga pelangi tak lupa aku 3 hari aku tak de depan mata dia.

Sunday, September 2, 2018

Pelangi dan rap

Pelangi tengah minat sgt lagu hikayat binladen. Aku pun tak tau kenapa. Tadi karaoke, byk nyanyi lagu rap. Selalu byk dangdut. Aku rasa dia mmg suka rap (jangan fikir tak kan la aku tak kenal pelangi lagi; dah berapa lama bersama. Pelangi ni banyak kerenah orangnya). Dia mmg minat KRU. Haritu konsert KRU, aku diheret sekali. Sedangkan aku tau 1 ke 2 lagu je. Tapi, sayang punya pasal, aku layankan je la. Ni bila aku fikir balik, aku rasa lagu binladen tu mcm tak cukup rap je. Tapi apa-apa je lah. Sebab aku rasa dia minat KRU tu sebenarnya disebabkan oleh yusri.


5hb ni, cukup 8 tahun aku berjanji untuk sama-sama makan megi dengan pelangi. Semoga dia terus sayang aku sampai bila-bila.


Tadi nak tulis panjang sikit. Tapi mata automatik ngantuk bila dah tiba pukul 11pm. Mungkin next time.


Love you, budak sayang i.

Wednesday, July 11, 2018

Slay dan kejauhan

Pelangi away untuk 10 hari. Dalam ketiadaan dia di sisi, mcm2 aku buat untuk kill time. Dah mcm pungguk rindukan bulan. Cara aku kill time ni, nampak mcm aku enjoying myself. Dua dalam satu la kot kan. Aku pun x pasti. Aku pergi tengok wayang masa lunch break. Sbb selalunya aku lunch dgn pelangi. Dah biasa masuk mall, so aku tetap nk masuk mall masa lunch walaupun tanpa pelangi. Petang pulak aku pergi main futsal. Balik terus dinner. Lepastu ngantuk dan tertidur.


Jumaat nanti baru dia balik. Esok baru baru khamis. Minggu ni tak yah pening nak fikir makan mana. Sebab aku just makan kat kedai yg mmg dlm laluan aku. Tapi tadi aku nak makan kfry. Cuma aku tak sanggup nak queue. Tak pe. Esok aku cuba lg. 


Pelangi ni comel. Aku away outstation ke apa ke, dia ngaruk. Bila yg away, pun dia ngaruk. Rindu betul aku kat dia. Aku harap dia pun rasa benda samalah. Hahahaha. Setakat ni dia tak miss lagi hantar gambar ootd dia kat aku supaya aku boleh memuji memuja dia. Hehehe. Rindu betul nak bergaduh sbb nak tgk dia buat muka.


Take care baby. Jangan lupa balik. Lepiu.

Wednesday, June 20, 2018

Slay dan seminggu raya

Esok 7 syawal, aku dah naik kerja. Habis dah 12 hari aku bercuti bersenang lenang kat rumah. Mungkin esok teruk aku punya mood ke laut untuk start bekerja. Tapi kena paksakan juga sebab isnin depan ada conference. Organizer adalah jabatan aku, aku pulak sekretariat. Nak ditambahkan sibuk, aku present poster. Poster dah siap before aku cuti raya. Cuma belum pergi print. Esok kena print.


Aku bukan nak cerita tu. Aku nak cerita pasal pelangi. Dia punya la jual mahal tak nak jumpa aku hari ni. Dia ni pelik sikit. Dia mcm mengaruk dalam diam. Protes dalam senyap. Kena pujuk pun cara senyap dan diam. Aku tak tau nk gambarkan or ceritakan macam mana pe’el dia tu. Manja pelik. Tapi comel. Tapi kadang-kadang boleh buat pening kepala and naik darah jugak. 


Pelangi kerja hari ni. Aku terus balik rumah. So, jumpa kat rumah terus. Lepas 11 hari tak jumpa, nampak aku tadi, salam pun dia tak nak. Terus masuk rumah. Aku ajak dia teman aku makan bekal. Dia minta aku suap. Tapi ni dia masih jual mahal lg. Aku pun tenang je. Habis makan, aku bual-bual, tanya-tanya apa yang patut, baru dia nak duduk sebelah aku. 


Dia ni macam kau rasuah budak kecik 4 tahun. Kau nak budak tu duduk sebelah, bual-bual dgn dia. Tapi dia jual mahal. Bila kau rasuah dengan ais krim, dia boleh jadi mesra. Dia lebih kurang macam tu la. Tapi tu 4 tahun. Yang ni, hurmmmmmm.


Aku kena tidur dah. Aku tak tau dia baca ke tak. Tapi kalau nanti aku kena cubit, aku tau la dia baca post ni.

Thursday, June 14, 2018

Slay dan malam 1 Syawal

Aku dah balik cuti beraya dari hari Ahad haritu. Esok 1 Syawal. Aku nak bercerita sikit pasal petang tadi.


Dalam pukul 6pm macam tu, ayah aku siap-siap nak keluar. Ibu tanya, nak pergi mana. Ayah jawab pergi bank. Bank tu kat bawah rumah aku je. Ayah dah start motor. Tiba dia panggil aku. Aku tak dengar. Adik aku panggil aku cakap ayah soh ikut dia. 


Aku pun macam ‘eh, kenapa nak kena ikut?’. Ayah cakap saja la jalan-jalan pusing taman. Macam masa kecik2 ayah bawak pusing-pusing. Tapi petang tadi, aku yang bawak motor pusing-pusing dengan ayah. 

I’ll cherish this moment forever.

Tengok parents makin tua setiap kali balik kampung, buat aku rasa takut. Takut tak sempat berbakti balas jasa. Takut aku tak puas bermanja dengan diorang.


Tadi buka ibu masak lauk fav aku beserta lauk-lauk raya. Aku rasa cukup je berbuka dengan lauk raya (rendang etc), tapi ibu still nak masak lauk nenas ikan masin. Kelmarin ayah masakkan lauk daging kicap. Aku memang dimanjakan macam tu sekali. Aku boleh masak sikit-sikit sekarang ni. Cukup sekadar untuk tekak aku boleh telan dan perut aku tak sakit. Tapi ibu dengan ayah manjakan aku macam aku masih dalam usia persekolahan.


Adik-adik aku pun sama rajin je melayan aku. Kalau balik Johor, aku nak ke mana-mana, diorang on je. Kadang-kadang aku balik naik kereta. Tapi selalunya naik flight. So tak de kereta aku nak pusing-pusing sendiri. 


Aku bersyukur sangat dengan rezeki yang aku ada hari ni. Family, budak syg, kawan-kawan; semua layan aku dengan baik. Semoga yang baik-baik jugak untuk orang sekeliling aku.


Salam 1 Syawal. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Sunday, May 27, 2018

Slay dan berbuka puasa

Lama aku tak update. Kalau nak recap life aku 6 bulan lepas, macam dah cukup nak buat buku biografi setebal 1000 pages. Mungkin lah. Aku pun tak pasti.


Semalam, aku buka sup ayam, tauhu begedil dan telur dadar. Dapat makan masakkan rumah yg dimasak oleh budak sayang. 


Aku sgt bersyukur kalau dpt makan home-cooked food. Aku tak cerewet pun bab makan. Tp bawang mesti kena potong cantik. Aku suka bila ibu and bdk syg masak. Tp diorg ni, kalau masak kena ada mood. Mcm ibu, biar dia yg offer nak masak. Baru sedap hingga menjilat jari. Kalau tiba2 aku request benda yg dia tak plan nak masak haritu, kita boleh jangka hasilnya.


Aku tak balik berbuka kat Johor lagi. Aku plan nk blk seminggu sebelum raya. Cuti sampai raya ke berapa, aku tak decide lg. Sebagai org kerajaan baru, tak leh nak harap bonus, privilege cuti je la yg aku ada. 


Tazkirah ramadan (pesanan untuk diri sendiri):

Selamat berpuasa dan berbuka. Maafkan salah silap, terkasar bahasa atau terlebih react org lain pada kita. Jangan fikir ego kita je, org lain pun ada jugak. Tapi ego ni tak boleh dibawa ke mana pun. Rasanya boleh jadikan bulan ramadan ni sebab untuk berlapang dada.

Sunday, October 29, 2017

Slay dan ambil jubah

Semalam aku pergi ambil jubah untuk konvo sabtu dpn. Alhamdulillah, aku dah pass viva sept 2016. Tp tak sempat nk konvo thn lps. So, mula-mula macam dah tak berapa excited sgt nk konvo, sbb mcm dh lama. Tp lps celebrate, lepak dgn kwn-kwn tu, rasa tak sabar pulak jadinya.


So, semalam, aku pergi la beratur. Aku pakai simple je. Cuaca pun panas boleh thn skrg. Lgpn, mmg aku pakai mcm tu je selalunya. Nk pergi laundry pun lps tu. Aku pakai jeans, tshirt and slipper. 


Ada 3 kaunter yg aku kena berurusan. Mula-mula register and bg borang pada dia. Masa ni okay lg. Lps tu kena tunggu nombor dipanggil utk ambil jubah kat kaunter kedua. 30min jugak la aku tunggu. Lps tu, pergi kaunter 3 utk ambil kad panggilan nama.


Kat kaunter 3 ni, aku sampai, aku terus senyum kan petugas tu. Umur dia aku rasa dalam 45-50. Dia pn balas senyuman sambil cakap gangsternya. Aku tanya la, apa yg gangster. Dia ajuk cara aku bjalan. Aku okay lg. Sbb mmg dr sekolah org ckp aku jln bsepah. Dia tanya details sesi, program apa etc. Mula-mula dia tak jumpa, dia ckp, betul ke sesi 1. Aku cakap betul. Dia tanya ambil utk siapa. Aku cakap utk saya sendiri. Lpstu dia tanya la aku dh keje ke, keje kat mana. Bila aku ckp tmpat keje aku, dia dah abes dah soalan. Tu soalan terakhir dia. Lgpn, sbb dh jumpa dah kad panggilan nama tu.


Dulu, aku rasa offended la jugak. Tp skrg, aku positif fikir mungkin sbb aku nampak muda. Hahaha. Skrg ni, aku cuba la jugak dress up supaya org nampak aku ni convincing sikit. Dlm waktu keje la percubaan aku tu. Sbb org ckp 1st impression is important. So, aku pakai la elok sikit. Tp bila weekend, aku mmg suka pakai simple. Sbb weekdays dah kena pakai elok2. Skrg ni okay sikit. Aku pakai jeans biasa, tak lusuh. Aku suka pakai jeans lusuh, baju lusuh. Mmg beli yg design lusuh macam tu. Tp skrg okay dah seluar jeans aku. Aku rasa, aku x leh pakai tshirt dah. At least kena pakai tshirt berkolar sbb jarang design bkolar ni lusuh. Mgkin dah tak boleh pakai slipper selain pergi pantai or pasar malam. 


Aku bkn jahanam sgt bab etika pemakaian. Kalau mmg ada dress code, aku follow. Cuma smlm tu, weekend dan hari panas. Malas nk pakai kasut dan shirt. Tahun dpn aku cuba la buat azam, aku tak boleh keluar rumah kalau tak pakai shirt and kasut. Sbb dgn keje skrg, aku pn tak tau aku boleh terjumpa org kat mana. Minggu lps, aku teman bdk syg pergi event dia kat N9. So, kat situ pun aku ada dpt “lesson” jugak pasal pemakaian aku. Kita cuba la ke arah utk nampak bijak, pakaian kena nampak kemas. Setiap masa.