Sunday, October 29, 2017

Slay dan ambil jubah

Semalam aku pergi ambil jubah untuk konvo sabtu dpn. Alhamdulillah, aku dah pass viva sept 2016. Tp tak sempat nk konvo thn lps. So, mula-mula macam dah tak berapa excited sgt nk konvo, sbb mcm dh lama. Tp lps celebrate, lepak dgn kwn-kwn tu, rasa tak sabar pulak jadinya.


So, semalam, aku pergi la beratur. Aku pakai simple je. Cuaca pun panas boleh thn skrg. Lgpn, mmg aku pakai mcm tu je selalunya. Nk pergi laundry pun lps tu. Aku pakai jeans, tshirt and slipper. 


Ada 3 kaunter yg aku kena berurusan. Mula-mula register and bg borang pada dia. Masa ni okay lg. Lps tu kena tunggu nombor dipanggil utk ambil jubah kat kaunter kedua. 30min jugak la aku tunggu. Lps tu, pergi kaunter 3 utk ambil kad panggilan nama.


Kat kaunter 3 ni, aku sampai, aku terus senyum kan petugas tu. Umur dia aku rasa dalam 45-50. Dia pn balas senyuman sambil cakap gangsternya. Aku tanya la, apa yg gangster. Dia ajuk cara aku bjalan. Aku okay lg. Sbb mmg dr sekolah org ckp aku jln bsepah. Dia tanya details sesi, program apa etc. Mula-mula dia tak jumpa, dia ckp, betul ke sesi 1. Aku cakap betul. Dia tanya ambil utk siapa. Aku cakap utk saya sendiri. Lpstu dia tanya la aku dh keje ke, keje kat mana. Bila aku ckp tmpat keje aku, dia dah abes dah soalan. Tu soalan terakhir dia. Lgpn, sbb dh jumpa dah kad panggilan nama tu.


Dulu, aku rasa offended la jugak. Tp skrg, aku positif fikir mungkin sbb aku nampak muda. Hahaha. Skrg ni, aku cuba la jugak dress up supaya org nampak aku ni convincing sikit. Dlm waktu keje la percubaan aku tu. Sbb org ckp 1st impression is important. So, aku pakai la elok sikit. Tp bila weekend, aku mmg suka pakai simple. Sbb weekdays dah kena pakai elok2. Skrg ni okay sikit. Aku pakai jeans biasa, tak lusuh. Aku suka pakai jeans lusuh, baju lusuh. Mmg beli yg design lusuh macam tu. Tp skrg okay dah seluar jeans aku. Aku rasa, aku x leh pakai tshirt dah. At least kena pakai tshirt berkolar sbb jarang design bkolar ni lusuh. Mgkin dah tak boleh pakai slipper selain pergi pantai or pasar malam. 


Aku bkn jahanam sgt bab etika pemakaian. Kalau mmg ada dress code, aku follow. Cuma smlm tu, weekend dan hari panas. Malas nk pakai kasut dan shirt. Tahun dpn aku cuba la buat azam, aku tak boleh keluar rumah kalau tak pakai shirt and kasut. Sbb dgn keje skrg, aku pn tak tau aku boleh terjumpa org kat mana. Minggu lps, aku teman bdk syg pergi event dia kat N9. So, kat situ pun aku ada dpt “lesson” jugak pasal pemakaian aku. Kita cuba la ke arah utk nampak bijak, pakaian kena nampak kemas. Setiap masa. 

Thursday, October 19, 2017

Slay dan kawan-kawan

Last Sunday, aku saje kumpulkan semua kawan-kawan rapat aku. Ada yg aku selalu je jumpa diorg. Tp selalunye x la semua org ada pada waktu dan masa yg sama. Ada yg x kenal each other pun sblm tu. Cuma tau la aku ada kwn nama tu. 


Aku seronok jumpa, bual, gurau dgn diorg semua. Diorg ada dgn aku dari entah berapa kali aku ckp nak quit belajar, dr x de org yg nak kwn dgn aku sbb aku pilih utk bcinta dgn bdk syg, masa scholar aku dh habis, experiment ntah berapa kali ulang, mcm-mcm fasa hidup aku dah la yg diorg nampak.  So, aku mmg treasure this friendship so much. Kdg-kdg lama jugak x dpt nk jmpe lepak sama. Tp bila jumpa, ktorg akan update la cerita masing-masing. Mostly cerita hidup aku la. Hahaha.


Buat phd perlukan support system yg power. Aku jrg share prob aku dgn family aku. Mgkin sbb dah biasa sgt mbesar dgn kwn. Lgpn aku x nk buat parents aku susah hati. So, aku bsyukur ada kwn-kwn yg best. Kawan lab aku pun okay. Ni kwn-kwn yg lain. Tp kwn lab aku tau je psl kwn yg lain ni. Hehehehe. Cuma ramai sgt aku nk kumpulkan dua circle ni sekali. So, kita bahagi 2. Lgpn, kwn lab ni, perbualan termasuk hal office.


Untuk bdk syg, terima kasih ada dgn i. I syg u sgt. Terima kasih syg i dr i student lg :P

Wednesday, October 4, 2017

Slay dan test

Macam biasa. Aku tgh tggu bdk syg. Dia ada class rabu dan khamis. Aku duduk kat library dia buat keje aku, sementara tunggu dia abes class.


Lps dia abes class smlm, dalam perjalanan pulang, aku melahirkan kegusaran hati aku. Aku bgtau la yg aku tak siapkan lagi soalan test. Minggu depan dah test. Nak buat soalan apa, berapa byk. Mcm2 details pertanyaan lagi la aku lemparkan pada dia. 


Dia senyap je. Tp aku terus-terusan melahirknan kegusaran aku. Dia pun naik fed up agaknya. Dia terus cakap, “u tak fikir ke yg u ni cakap dgn student? I pun risau nak test. Nk kena baca lg. U sibuk cakap pasal nk buat test. Soalan tak siap lagi la apa la”.


Aku tak nampak pun benda tu masalah. Sbb dia bukan la student aku pun. Bkn belajar bidang aku pun. Tapi tu la. Asalkan student, mmg seram dgn test dan exam. 


Lpstu, aku pun cuba la cari tajuk perbualan yg lbh relevan. Aku terus tanya dia nk mkn mana. Dia pn jawab. Maka, perut kami kenyang mlm td. 


Cumanya, masalah aku la masih tak selesai. Weekend ni, aku kena jugak siapkan soalan. Aku ada 3 kelas, tapi 2 subjek. Okay gak la lgi. Kalau tak siap weekend ni, kita tukar la test jadi lps cuti mid sem. Senang je hidup ni. Tak payah nak pening kepala sgt.


Aku rasa sem depan baru aku boleh share masalah keje yg melibatkan lecturer-student dgn bdk syg. Semoga dia tabah menghadapi sem akhir dia ni dengan keje dia kat office dan perangai bos yg pelik. Semoga thn dpn dia akan dpt blk waktu tidur 8jam yg bkualiti.


Saturday, September 23, 2017

Slay dan ayah

Cerita ringkas sweetnya ayah aku. Atau kata lain, mcm mana dia manjakan aku. Kadang2 tak tercapai akal aku. Aku rasa dia mmg tak ingat yg aku dah 31tahun.


Aku baru sampai dari KL smlm. Aku balik Jhr lately mmg naik kereta. Nnt dh boring drive, aku blk la naik kenderaan awam semula. Nak dijadikan cerita, hari ni ada kenduri kahwin kat N9. Selalu, adik aku lelaki akan drive. Tapi dia tgh byk keje kat kedai kena siapkn. Adik perempuan aku keje. So, aku la jadi driver. Ayah aku ckp dia larat nak drive. Tapi, itu perasaan dia je. Dia x larat dah sbnrnye.


Maka, pukul 7, bisinglah ibu suruh aku bangun. Bila dah siap, nak keluar rumah, aku pun nak pakai kasut la. Ayah aku pnye sweet, dia dah siap2 letak kasut aku kt bench; dalam keadaan tinggal sarung je kasut tu. Smlm malam aku keluar dgn adik aku. So mmg aku ingt la mana aku bukak kasut tu.


Kalau ikutkan, aku mcm penat nak drive sbb smlm dr KL ke jhr. Ni pulak ke N9. Lpstu ke Muar. Baru balik ke rumah. Tapi bila aku ingt ayah aku punye tak berkira tenaga and kasih syg besarkan aku, aku layankn je. Dulu ayah aku lagi la. Drive ke gambang balik hari dari jhr. Masa aku kat matriks. Aku pun tak larat kot nk buat mcmtu. Dalam 2 minggu sekali family aku datang gambang. So, aku muhasabah diri. Aku berazam utk layan semampu aku apa2 yg bkaitan dgn family aku. Tanpa diorg, aku mmg x jadi org. 


Ni aku belum citer ayah aku layan aku balancekan diri main hoverboard.


Makanan aku order dah sampai. Jadi kena makan.

Tuesday, September 19, 2017

Slay dan blazer

Aku rasa aku kena beli blazer byk warna sikit. Macam seronok pulak pakai blazer masa bg lecture. Dulu aku ingat nak bg lecture dgn pakai tshirt je. Tapi skrg, kalau pakai tshirt pun okay. Tapi luar tu pakai blazer la.


Aku tau cuaca Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun. Tp skrg ni musim hujan. So, sejuk la sikit. X la nmpak pelik sgt aku pakai blazer ke class. 


Minggu lepas pakai vest. Pun buat aku rasa seronok. Nak pakai suit betul2, nak kena kumpul duit dulu nk custom fit. Kita tgk dulu sampai bila angin menyemart aku ni ada. Takut esok nk pakai selipar je pergi kuliah. 


Hari ni x jumpa bdk syg. Rindu pulak.

Saturday, September 16, 2017

Slay dan gunting rambut

Rambut aku dah mcm penyanyi rock tahun 80-an. So aku rasa dah sampai masa untuk gunting. Bagi nampak kemas la sikit. Walaupun sebenarnya aku selesa dgn gaya jalanan. Minggu lepas aku berjaya pergi office tanpa sehari pun pakai jeans. Ini memang perkembangan positif.


So tadi aku gunting rambut kat Quickcut je. Tak sempat aku nk pergi kedai biasa. Budak syg tggu kat luar je. Lps dah siap, terjadi la perbualan seperti berikut:


Aku: okay tak org tu potong?

Dia: muka u nampak lagi byk dari rambut u. 


Rambut aku lebat. Apa yg budak syg cuba sampaikan ialah aku nampak gemuk bila potong rambut. 


Sekian.

Thursday, September 7, 2017

Slay dan PA

Mungkin entry blog aku akan dipenuhi cerita hal kerje aku. Mungkin la. Tak pasti. Biasalah. Dah tua baru nak start kerja. Aku documented kan pengalaman pertama aku kat sini. Nnt2 akan datang, aku boleh imbas balik betapa aku stress dan kalut semasa mula start kerja. Untuk aku ingatkn diri, aku bukan berlari terus lps lahir. Aku lalu mcm2 fasa.


Harini pelajar baru datang ke fakulti. Aku dilantik jadi PA kpd 6 org pelajar. Tapi PA kat sini ialah penasihat akademik. Tp sekali la sama mcm pembantu am dan personal assistant kpd bdk2 ni. 


Rasa mcm tak jadi pulak nk cerita pasal bdk2 ni. Lain kali je la.


Aku tak jumpa bdk syg hari ni. So mcm kelaut sikit perasaan dan mood. Ditambah dengan kerja2 ad hoc serta kerja yang tertangguh sebab kursus 3 minggu. 


Minggu depan. Aku rasa class aku cuma sembang apa aktiviti yg diorg buat masa cuti serta wujudkn group whatsapp utk mudahkn aku cancel class kalau slide tak siap nanti.

Wednesday, September 6, 2017

Slay dan kelas

Minggu depan dah start kelas. Sem ni aku ada 3 kelas. Sem ni official dah la aku mengajar. Hujung semester aku kena hantar teaching portfolio. So, berdebar jugak la. 


Untuk budak syg pulak, ni sem akhir dia. Tadi aku buat lawak hambar kat dia.


Aku cakap macam ni kat dia:

"Best la u. Ni sem akhir u. Sem depan dah tak de class. I sem depan ada class lagi."


Dia macam biasa tenang. Lepas 30 saat dia jawab:

"Eh, bukan mmg sampai u pencen ke u ada class? Bukan sem depan je!"


Betul. Lepas 30 saat. Selalu kalau dia tersedar lambat mcmtu, dia akan bercakap sambil tangan dia cubit aku. Kalau ikutkan, semua ayat yang keluar dari mulut budak syg mmg ada tanda seruan.

Saturday, August 19, 2017

Slay dan mi segera

Selepas 7 tahun bersama, dgn bangganya, aku boleh cakap my sweet partner dah boleh masakkan mi segera selera aku dgn jayanya. 


Aku cerewet. Bawang kena potong cantik-cantik. Cili pun. Telur pun kena tak terlalu masak. Hari ni, without any instruction from me, dia masakkan mi segera selera aku. Aku mmg x letak apa-apa expectation. Aku akan makan je walau apa pun yg terhasil. Tapi hari ni hasilnya sgt perfect. 


Memang la mi segera je. Aku tak suka masak. Dia pun x suka masak. So, benda ni cukup besar. Ataupun, malam ni, aku drama lebih. Entah lah.



Love u, sygku.

Sunday, July 23, 2017

Slay dan Pelangi

Aku terjumpa gambar ni kat fb. Ada byk lagi gambar yg lain. Tp aku tertarik sgt dgn gambar ni. So aku just save sebab aku rasa mcm benda tu summarize mcm mana aku dgn pelangi. Dia tu garang dan ego. Tp pada masa yg sama, aku boleh rasa dia punya syg tu. Disclaimer: Entry ni aku nk cerita pasal pelangi. So, baca jgn smpai termuntah.





Pelangi tak baca pun blog aku lg. aku tau sbb aku tanya dia hari tu. Aku percaya dia jujur. Selama hari ni mmg dia ckp mmg tanpa berlapik. Tu korg tak tengok lagi ekspresi muka dia. Lagi jujur. Hahahaha. Sbb dia tak baca blog aku lagi, so aku boleh kutuk dia dgn tenang dan damai tanpa risau kena cubit.


Cerita aku dgn pelangi ni ada pasang surutnya. Tp skrg, rasa semua dalam keadaan terkawal. Dengan pelangi hidup aku jauh dr boring. Aku tak tau la dia rasa apa. Kalau ktorg keluar berjalan, tak kisah lah weekend or ngular waktu keje, mcm2 emosi aku lalui. Jarang jugak keluar yg dia tak de tinggi suara, atau aku tak sarcastic kat dia. 


Mungkin nampak mcm tak bahagia. Ye la. Asyik bercakaran. Tp manusia ni macam2. Pelangi ni cukup membahagiakan aku. Cukup buat aku busy layan dia dalam masa yg sama buat kerja hakiki aku. Dulu aku start bcinta dgn pelangi, aku tgh cuti belajar. Mmg flexible la masa aku. Skrg ni kira flexible lagi. Cuma x la seflexible masa cuti belajar.


Macam yg aku dh bgtau sebelum2 ni, aku mmg driver pelangi. Dia boleh bwk kereta. Ada lesen. Tp dia just tak suka. Aku cuba samakan dia punya tak suka drive macam aku tak suka masak. Boleh masak. Tapi tak suka. Rasa stress buat benda tu. Minggu depan ni dia ada kes. Last time, dia boleh pergi sendiri. Minggu ni, nak aku hantar. Aku sampai sekarang tak boleh nak predict action pelangi ni. Dah 7 tahun. 


Aku byk kelebihan. Antaranya yg plg obvious adalah berat. Mungkin sbb aku byk kelebihan, dia syg aku byk. Hahahaha. Tak de la. Dia bising aku x control berat aku. Dia kecik je. Tp nak buat mcm mana. Aku tak boleh tgk makanan terbazir. Dia makan sikit je, aku yg kena habiskn. Dia tak la suruh aku habiskn. Tp aku jenis x leh tgk makanan terbazir. Selalu tanggapan org yg org gemuk ni bahagia. Diorg tak tau sbb sebenar behind it.


Bangun pagi tadi rasa rindu sgt kat Pelangi. Jadi aku tulis la pasal dia kat sini. Kalau ikutkan, setiap masa je aku rindu dia. Walaupn dia ada sblh aku. Tak tau kenapa mcm tu. Tp skrg ni, perut aku dah lapar. Isi perut lbh penting dari cerita pasal pelangi skrg ni.



Thursday, July 20, 2017

Slay dan hari raya

Semalam jamuan raya fakulti aku dan aku menang rice cooker. Alhamdulillah. Rezeki sebab aku pinjam baju mak aku utk follow tema jabatan. Lagipun aku rasa diorg mmg sengaja bagi kat aku. Konon2 utk motivasikan aku la supaya berpakaian mcm tu selalu. Kita tengok je la nanti.


Masa diorg announce tu, tangan aku kiri kanan penuh dgn makanan sambil aku berbual dgn kwn aku. Jamuan makan, mestilah aku makan. So, aku g berjalan ambil hadiah dengan telan secepat yg mungkin makanan yg ada dlm mulut. Dah la dekan yg smpaikan. Aku harap, lpsni aku dpt anugerah yg menghargai sumbangan intelektual aku. Tp aku suka je dpt hadiah walau apa pun sbb dia. Mana tau akan ada kategori pekerja paling kerap sampai lambat ke opis. Aku okay je utk menang apa2 kategori.


Ahad lps aku mcm mental koyak sikit. Sbb kereta aku break down. Setelah aku keluar belanja yg byk. Kira mmg kering habis la. Mcm jemur baju di bwh terik mentari di musim kemarau. Aku harap jangan lah dia buat perangai lagi. Tp sbb benda ni terjadi, boleh buat aku muhasabah diri jugak la. Mmg setiap yg berlaku, ada hikmahnya.


Aku kena practice bgn pergi keje awal dr mggu dpn. Ada 2 mggu nak practice. Sbb utk 3 mggu lps tu, aku kena ada kt opis pukul 8.30am. Nampak mudah kan? Tp percayalah, susah sgt utk aku. Kalau sehari dua dtg opis pukul 8 dlm seminggu, aku okay lg. Ni 15 hari kena dtg pukul 8 dlm masa 3 mggu bekerja. Semoga urusan aku dan urusan korg dipermudahkan.


*lps 2 buah rumah punya open house weekend ni, aku nk cuba control makan sikit. Harap2 dpt la susut sikit. 

Monday, June 12, 2017

Slay dan ayah

Ayah aku check in diri dia sendiri di hospital siang tadi. Sebab dia rasa sakit dada dan gastrik. So, aku otw balik kpg. Dah kat boarding gate. Flight delay 15min. Tadi aku bkira2 nk balik naik apa. Kalau naik kereta pn sama je kos masa dan waktu. Tp letih drive sendiri. Lama jugak dah aku x drive blk Johor. 


Aku sbnrnya tak perasan cuti nuzul Al quran ni dpt 3 hari. Maka, aku balik la awal puasa. Yg cuti awal puasa tu Johor. Aku keje Selangor. Since dah salah pergi balik sambut ramadhan, aku fikir, dekat raya nnt je la blk awal sikit. 


Nak dijadikan cerita, tgh hari aku call la ibu mcm biasa. Aku mmg call ibu almost hari-hari. Bual punya bual, ibu ckp, ayah cakap kenapa aku tak balik minggu ni, sbb cuti 3 hari. Ibu pn cakap yg dia lupa nak ingatkan aku. Cuti-cuti ni mmg ibu yg kena ingatkan aku. Aku selalu terlepas pandang. Lps ibu ckp cmtu, aku cakap la aku pn terlupa. X pe lah. Nantu raya balik awal sikit. 


Sekali dalam pukul 3, adik aku call. Bgtau ayah masuk wad. Adik aku cakap ayah okay je. Tp lpstu aku call ayah, ayah ckp Dr soh stay hospital 5 hari. Sebab nak monitor jantung. Ayah sbnrnye kena gastrik je. Tapi tadi Orked call, ckp mmg affect jantung bila gastrik. Ayah dah la mmg ada darah tggi, diabetes, kolestrol lagi. 


So, aku balik hari ni. Lps ayah aku sebut kenapa aku tak balik, terus aku balik jadinya ni.


Semoga parents kita semua dipanjangkn umur dan diberikan keberkatan. Amin.

Slay dan berat

Okay. Aku ada rahsia. Ni nak bgtau la ni. Aku sbnrnye cuba kurangkan berat badan. Dah lama jugak aku cuba. Tapi masih menemui jln buntu. Mungkin tak cukup motivasi. Aku pun tak pasti. 


Org cakap buat phd susah. Mungkin sbb diorg tak pernah lagi cuba turunkan berat badan. Berat ideal aku sekitar 55kg. Tp skrg aku dah 71kg. Bygkn. Seram bukan? 


Last aku ada berat badan ideal sblm aku start practical masa degree. Lepastu berat aku mula naik. Sampailah 2013 ke 2014 dia dah cecah 70kg. Aku pn pergi gym. Adalah turun sekilo dua. Dlm 2013 ke 2014 tu aku ada pergi training course kat europe. 6 minggu. Summer. Yang penting, bulan puasa masa tu. Summer. Puasa. Europe. Puasa 19jam. Tanpa sengaja, aku lost 6kg. Masa tu dpt la 62kg. Itu je la. Kemudian naik balik. Last 3 weeks, aku timbang dah 71kg. 


Aku suka berangan. Skrg ni aku tgh berangan untuk dapatkan berat 55kg sblm bulan 10. Tengok je la nnt mcm mana.

Wednesday, June 7, 2017

Slay dan sakit gigi

Mungkin ini kesinambungan kisah aku pergi tgk wyg cerita wonder woman di siang hari bulan puasa. Itu kalau aku nk fikir dari sudut kifarah la. 


Kalau aku nk fikir dari sudut logik, mungkin gigi bongsu aku cuba nak keluar sbb dah smpai masa. Aku rasa dia cuba keluar sikit-sikit dlmm berapa tahun ni. Ada cerita yg agak kelakar psl pertumbuhan gigi bongsu ni.


Pelangi operate buang gigi bongsu dia hari tu atas sebab kesihatan. Bila aku cakap aku pnye gigi bongsu pn mcm sakit nak tumbuh (sbb gigi geraham atas berlanggar dgn bahagian gusi bawah; dia jadi sakit). Pelangi dengan tenang, slumber dan gembira cakap; "eh, kita sama la. Tapi i tua sikit sebulan la sbb i sakit gigi dulu".


Aku bukannya nk ckp apa. Aku tak tau kenapa dia boleh lupa yg dia lagi tua dr aku 2 tahun. Dia selalu perasan aku dgn dia sebaya. Atau mungkin, dia bkn ingat dia sebaya aku. Tapi aku yg sebaya dia. Confusing tak.


Okay. Habis pasal gigi. Sbb dia tgh tak sakit dah ni. Mungkin dia terbaca aku ngumpat dia. Jadi dia tersedar akan kesilapan dia. Sama-sama kita doakan.



Sunday, June 4, 2017

Slay dan puasa

Persoalan dia sekarang, kenapa baywatch dan wonder woman keluar time ni? Dah buat aku dalam dilema. Benda senang, tak payah nak dilema pn sebenarnya. Jelas lagha dan mengundang perasaan. Hahaha.


Ala. Nak beli ke tak tiket ni pukul 11.30 am ni. Nak ke tak. Nak ke tak. Nak ke tak.

Saturday, May 20, 2017

Slay dan kerja Sabtu

Aku kerja hari ni. Pelangi pulak ada group discussion untuk assignment dia. So, masa break tgh hari, dia dtg fakulti dan ktorg pun lunch bersama seperti hari-hari kerja yg lain.


Pelangi: Sweet tak i harini?

Aku: U rasa u sweet sbb amek I pergi lunch sama ke hari ni?

Pelangi: A'ah. Cakap je la ye, sweet.

Aku: Hari-hari yg lain, I yg pergi amek u lunch. U x pernah pun cakap i sweet.

Pelangi: *buat muka malas layan*



Budak pelangi ni mmg pelik. 

Friday, May 5, 2017

Slay dan malam minggu

Pelangi dah tidur dari pukul 9 lbh tadi. Situasi ni jarang berlaku. Selalunya aku yang tidur awal atau tertidur awal. Barangkali kesan daripada pengambilan ubat yang mana aku tak tau dia ambil ke tak yang buatkan dia tidur awal malam ni meninggalkan aku terkebil-kebil.


Tadi terserempak dengan student lepas aku makan. 20minit aku queue untuk mendapatkan satu hidangan kfc. Alhamdulillah, masih rezeki aku untuk makan malam ni. Hampi-hampir aku meninggalkan barisan tadi. Okay, berbalik aku terserempak dengan student. Aku tak perasan. Diorang yang panggil. Rupanya sekumpulan motor yang aku elak tu, student aku. So, bila orang dah sapa, aku cuba la panjangkan perbualan. Tak panjang mana pun.


Student: Dr. Slay! (bukan nama sebenar)

Aku: Eh, kamu. (aku mmg ada masalah ingat nama orang). Nak pergi mana ni ramai-ramai?

Student: Lepak la Dr. Malam minggu ni. Dr. sorang je?

Aku: Okay. Jangan lupa diri. (Malas jawab soalan mengenai bilangan orang sambil beredar)


Kira supportive tak mcm tu? Apa yg aku cuba nak sampaikan ialah betapa aku dah lupa pasal aktiviti malam minggu yang sebenar. 2-3 tahun ni, jumaat malam aku terisi dengan futsal. Tapi minggu ni tak de. Tu yg aku pergi makan kfc. Tau tak de kaitan.


Tak tau la nak cakap aku rindu ke tak aktiviti melepak bual kosong samapi 2-3 pagi. Sekarang kalau ada masa terluang, mesti fikir nak rehat. Rindu jugak nak lepak dgn kawan-kawan. Tapi tak la sampai 2-3 pagi. Jadual masing-masing dah lain. Susah nak cari masa yg tepat dan sesuai. 



*lunch break tadi pelangi komplen aku byk keje, krg masa utk dia (read: krg masa leh mengular). Aku ckp, aku bkn vivi usop. Ada company sendiri. Aku kena la keje. (Aku tau vivi pun keje). Dia cakap, okay. Tapi suruh aku belikan j'adore perfume and made me promise jugak yang tu bukannya hadiah birthday. Ntah bila dia jadi materialistic mcm ni, aku pun tak tau. Tapi aku tak risau, sebab ingatan dia bukannya boleh tahan lama. Esok-esok dia lupa la tu.


Monday, May 1, 2017

Slay dan cuti Isnin

Memang seronok hidup ni kalau kene keje 4 hari je seminggu. Harap-harap Isnin minggu depan, aku akan ingat untuk pergi kerja. Benda-benda macam ni aku kena selalu ingatkan diri aku.


Weekend ni kenyang makan nasi kenduri 2 hari berturut-turut. Satu kenduri bertunang, 1 kenduri kahwin. Kita sedia maklum yg makanan kenduri ni selalunya mmg buffet. Gembira tak terkata perut aku.


Minggu lepas hidup aku kurang menarik sbb pelangi tak de untuk hiburkan hati aku. Aku doa kesihatan dia semakin pulih. So, ada la org teman aku makan dan aku kembali seronok dapat makan 2 portion. Sebabnya, pelangi selalu tak habis makan. Aku kan hero dia. Aku mestilah tunjuk aku power. Aku mampu habiskan makanan dia. Itu je super power aku.


Minggu ni aku macam busy sikit. Tapi tak sabar nak jjcm sebelum puasa ni dgn pelangi.

Tuesday, April 25, 2017

Pelangi dan sakit gigi

Lain macam sikit tajuk hari ni. Sebab mmg lain mcm sakit yg pelangi tgh hadap. Senyap sepi betul.


Citer dia macam ni. Pagi tadi, aku hantar pelangi pergi operate gigi. Mggu lps, aku teman dia tampal gigi. Aku jarang tgk pelangi ni takut. Tapi dia takut betul jumpa dentist. Nak dijadikan cerita, sepi betul dunia aku. Mmg tak kedengaran lgsg suara dia hari ni. Pelik rasa. Tak de suara merdu marah2 mcm hari2 lain.


Tapi yg tak boleh blah, dia masih menghiburkan aku dgn text message:

"I rasa i dah boleh beranak la.. sbb org cakap sakit gigi is sakit kedua paling sakit lepasa sakit bersalin"


Jangan la dia kena sakit gigi dan sakit bersalin serentak. Amin.


Miss u, baby. 

Stay dgn i, i jamin u tak perlu lalu sakit bersalin.


Monday, April 24, 2017

Slay dan dibuli (part 2)

Okay sambungan. Rasa mcm bersalah pulak dengan entry tadi. Mungkin benda2 yg aku cerita td menyumbang kepada rezeki aku hari ni. Mana la aku nk tau kan. Cuma biasa la manusia. Letih gak la kalau kita je yg kena. Org lain yg sama, x kena pn. Macam bdk2 aku fikir macam tu. Tp sbb tadi aku dh tolak task untuk beli air mineral 12 botol; maka lain kali je la aku cuba buat baik sehabis baik (tapi aku terima task beli nasi lemak 12 bungkus). Kalau aku beli air 500ml X 12 botol; dah 6kg tu aku nak jinjing sorang. Belum campur nasi lemak lagi. Esok meeting pagi. Kalau pukul 2, okay lagi. Mana esok aku nk bergaduh dgn mata aku nak kena bangun pergi kerja lg, decide nak pakai baju, seluar, kasut lg.. takut x sempat je. Siapa suruh message suruh pergi beli sararapan+air mineral pukul 7pm. Dah la aku keluar bawak motor. Macam mana nak beli malam ni. Esok memang kelam-kabut la nak beli sekali dgn sarapan. Kalau kedai yg sama jual, x pe. Nasib la boss. Suruh la org lain pulak. 


Harap tak kena tolak markah SKT. Semoga murah rezeki kita semua.

Slay dan dibuli

Sebenarnya aku ni nampak je macam gagah. Tapi hakikatnya, aku selalu dibuli. Kadang2 aku rasa org tersalah anggap perangai tak kisah aku tu sampai diorg rasa diorg boleh suruh aku macam2. Kalau hal berkaitan kerja okay lagi la. Ni hal2 sampingan. 


Ada jadi sekali tu, pukul 9, kerani tanya aku kat mana. Walhal jadual waktu kerja aku flexible. Aku ingat ada meeting urgent ke apa ke. Aku cakap aku dah kat office. Padahal aku masih kat rumah. Dia ckp, "okay la kalau mcm tu. Ingat nak mintak tolong beli sarapan. Dah kat opis, x pe la". Sarapan untuk dia okay. Aku pun tak sarap lagi. 


Ni pulak td org aku tanya aku pergi tak meeting esok. Sbb dia nk mntak tlg beli sarapan dan air mineral. Untuk 12 org. Aku bkn PAR. Lain la kalau x de PAR. Aku bukanlah berkira nak tolong. Tapi kadang2 naik lemak jugak bila aku tak reti say no ni. Benda yg kerja hakiki aku, aku x de masalah. Or at least yg menyumbang kpd kerja hakiki. Ke aku yg tak tau yg kerja aku termasuk sediakan makanan utk meeting.


Dengan colleague pun ada jugak aku kena buli. Tapi yg ni, dgn yg perasan senior la. Senior umur ada la. Perasan. Padahal sama je level. Kau 51, aku 51. Apa masalah ntah.


Kang aku buat ada gap dgn org kang, org ckp sombong pulak skrg. Dah berubah la apa la. Frust betul. Org tak nampak talent aku, tapi org just nampak aku ni boleh disuruh2. Disuruh2 benda yg ada org lain yg patut buat kerja tu. Sbb tu bkn kerja aku. Aku disuruh sbb org yg patut buat malas or sbb diorg lg senang suruh aku. Kang aku buat betul2 perangai korang-patut-hormat-aku-korang-tu-siapa, baru padan muka.


Aku sebenarnya x suka budaya orang atasan-org bawahan. Tapi aku rasa, benda tu semua ada sbb benda2 mcm aku lalui ni jadi. Aku tak cakap aku baik, selalu buat baik kat org. Tak. Aku rasa aku lah org plg minimal dlm kebaikkan. Tapi kalau aku rasa smpai aku dianiaya, aku rasa cukup la. 


Tak kira org atas or org bawah, mmg amek kesempatan kat aku. Aku tak boleh buat org berhenti gunakan aku. Yang aku boleh buat, stand for myself. Kalau aku rasa benda tu patut and sesuai untuk aku, aku buat. Kalau tak, aku kena mintak tolong pelangi selesaikan. Hahahaha. Sbb hati aku x keras macam Roy.

Sunday, April 23, 2017

Slay dan kelabu

Post kali ni berbeza sikit. Tak berkisar pasal aku or pelangi. Kadang-kadang bila free, otak aku selalu memandai2 nak fikir macam-macam. Ada satu hari tu, otak aku ajak aku fikir "memang semua benda tu mmg cuma ada dua jawapan dan berpasang ke". Contoh macam salah dan betul; hitam dan putih; cantik dan buruk etc. Benda-benda mcm tu la. Hanya 1 je ke yang betul. Hanya yg extreme ke yg betul? Benda yg tengah-tengah ni tak betul? Atau dia mmg lebih berat kepada tak betul?


Contoh la kan. Rancangan pertandingan nyanyian. Bila dia buat rancangan pertandingan nyanyian yg mmg jelas lagha, bising cakap orang kita ni bila la nk maju. Asyik disogok rancangan macam ni. Aku pun antara yg cakap mcm tu la. Bila dia buat ada sedikit saduran dakwah ie. genre nasyid; org bising jugak. Cakap gunakan agama untuk halalkan benda. Lbh krg mcm tu la. Tp la kan, mana la kita nak tau, dah mmg org tu suka menyanyi, dia tgk je semua rancangan nyanyi, tiba dia tertengok rancangan saduran yg pada aku berada dlm daerah yg kelabu, boleh buat dia slowly layan lirik2 lagu tu, bukan ke lbh baik.


Ataupn, mmg seseorg tu berada di daerah kelabu, so dia selesa utk x berasa dia mana-mana warna extreme lain, mungkin kesederhanaan adalah terbaik untuk dia. Mungkin. Aku pun tak tau. Aku bukan menegakkan yang salah. Tak cakap pun siapa betul siapa salah. Tapi yang pasti, kita tak selalu betul.


Okay. Habis dah hormon serious. If there is any.

Sunday, April 9, 2017

Slay dan Perth

Weekend lepas, aku ke Perth dgn Pelangi. Berdua je. Ini pertama kali aku ke oversea berdua dgn Pelangi. So, berdebar jugak la. Sebab bcuti/berjalan dalam negara yg senang serba serbi pun selalunya jadi adventurous bila berdua dgn Pelangi. Aku cuba tulis details perjalanan sekali apa yg aku ingat, untuk kemudahan masa hadapan. Pelangi yg buat tentatif. So dia claim, dia yg bawak aku jalan kali ni.


Ktorg pergi 4 hari je. Flight tgh malam jumaat. Sampai dekat 6am. Sebab tak de beza time zone, hidup jadi mudah. Dari T1 tu, amek bus 380. Ktorg stay kat Pensione Hotel kat Pier St. So, tambang dlm AUD4.60. Bas tu tak lalu betul2 depan hotel ktorg. Tapi boleh je berhenti kat council house kat St George Terrace. Masa sampai, ktorg main redah je. Tak berhenti pn kat stop tu. Maka, merasalah jalan kaki bawak beg dlm 3km. Well, baru la susah senang bersama.


Sbb sampai awal lg, dalam pukul 9am, ktorg just tggalkn beg kat hotel dan bayar deposit. Seterusnya, ktorg follow tentatif yg Pelangi dah sediakan. Dari hotel tu, dlm 5min je ke Perth station. Yang seronok jalan weekend ialah, boleh beli tiket family rider. Harga AUD12.40 sehari, valid utk 7orang, bus dan train, pergi balik, ke mana2. So mmg jimat sgt. Untuk ke Caversham Wildlife Park, amek train laluan midland. Berhenti di Bassendean. Turun, amek bas no 955 laluan ke Ellenbrook. Nanti nampak je signboard Whiteman Park. Park ni besar. Macam2 boleh buat. Kat situ la terletaknya Caversham Wildlife Park ni. Untuk balik, ulang balik perkara yg dah buat tadi.


Weyh. Penat pulak tulis balik tentatif ni. Untuk hari lain, aku ringkaskan je la.


Hari kedua, ktorg ke Freemantle. Cari Kailis sbb nk makan fish n chip yang org dok sebut2. Dan yg penting, cari souvenir murah. Yang ni senang. Amek je train dr Perth station. Laluan Freemantle. Berhenti di station akhir tu. Nak balik, ulang langkah yg lbh krg sama.


Hari ke 3, ktorg ke Kings Park. Bapak aa besar. Penat jalan. Ni aku lupa no bas. Sebab pergi n balik ktorg naik bas no lain. Balik tu, pergi watertown premium outlet. Best lagi outlet kat Malaysia sbb duit kita tgh tak best. Kalau RM1=AUD1, mgkin mmg best. Nak ke watertown ni, leh je naik yellow CAT dr seberang Perth station. Bus CAT ni mmg free. Balik pn sama. Tp we learned it hardway. Ktorg jalan kaki celah2 bangunan. Tp sbb byk berjalan, dpt la aku minum kopi, apple juice etc tanpa rasa bsalah sgt.


Hari ke 4, balik. Tapi pagi tu, sempat gak la tunggu kedai bukak, tambah beli barang2 sikit lagi. Benda yg paling penting, beli je luggage siap2 walau mmg niat tak nk shopping. Sebab, barang2 souvenir kiriman family mmg akan jadi banyak. 


Ini kali kedua aku travel ke oversea guna duit sendiri. Aku pernah ke Vienna, Austria selama 6mggu. Ada training course, so ditaja. Dapat la aku tengok ke negara2 sekitar tu sekali. Dapat la jejak kaki ke Bratislava, Prague, Budapest, Amsterdam, Frankfurt. Pergi conference ke Bangkok pun dapat claim balik. 1st aku guna duit sendiri ke Krabi. Pergi Krabi tahun lepas, aku dpt tiket rm80 return. Habis dlm rm500 je termasuk belanja aktiviti, souvenir dan tmpat tinggal selama 4 ke 5 hari. Mmg menarik. Masa ni aku pergi, aku baru je siapkan 1st draft aku dan bg committee check.


Kali ni pun menarik, sebab pertama kali ke luar negara berdua dgn Pelangi. Lepas settle PhD, aku ada ke Melaka, tidur kat The Pines dgn Pelangi dan ke KK dgn family aku. Tapi g Perth ni special sikit sebab, pergi lepas aku dah dapat interview. So, tggu surat2 rasmi sebelum secara rasmi bertugas dgn gred baru. Rasa lapang otak. Macam reset minda gak la. Sebab sebelum tu, aku terlibat dgn Hari Terbuka fakulti. Agak stress. Tapi stress benda2 ni x sama dgn rasa bebanan stress thesis x submit2 lagi. At least, for me la.


Okay la. Panjang pulak.


Alhamdulillah.

Slay dan Pelangi

So, sebab tak de keje, aku pun edit la gambar aku dah sent ke whatsapp pelangi. Aku edit guna effect blur dari apps Tadaa. Hasilnya, dapat la pic potrait mcm ambil guna iphone 7+.


Aku: <hantar gambar> <caption: i dh beli iphone7+>


Pelangi: bila beli?


Aku: i just edit gambar tu je la. Mana ada beli pun. (Bangga sebab ingat berjaya mengelirukan pelangi)


Pelangi: sebenarnya i x tau pun mcm mana gambar kalau amek guna ip7+.




Sekian.

Thursday, March 9, 2017

Slay dan penat

Aku x tau sampai bila aku boleh kekalkan post dengan tajuk 3 perkataan. Mungkin dah ada word yg berulang. Aku dah penat sgt utk habiskan minggu ni. Otak tak berhenti fikir. Masa tidur je la aku berhenti. Tak sabar nak bhujung minggu. Nak rehat. Sebenarnya, penat sebab berfikir ni, mmg boleh buat badan letih. Kadang2 fikir je lebih, tapi tak take any action pun. Tak selesai or siap jugak keje. Badan je yg jadi penat. Macam keje sia-sia jugak la jadinya. Nak buat mcm mana. Tak de suis yg boleh ditutup. Terpaksa la main fb ke twitter ke ig ke utk distract otak. Tipu otak tu. Soh dia buat benda lain. Aku tengah tggu pelangi abes class ni. Ni baru minggy ke 4. Lagi 10 minggu la utk habiskan sem ni. Sekian. 

Sunday, March 5, 2017

Slay dan sapu tangan

Dulu kala, aku ada habit bawak sapu tangan. Dari zaman sekolah rendah. Yang aku ingat, zaman degree, aku masih bawak handkerchief. Tak perasan bila aku drop that habit. Mgkin dlm 7 tahun ni. Aku mmg letak kat pocket seluar belakang. Sebelah kiri. Sebelah kanan aku letak wallet. Kunci kat pocket depan kanan, hp pocket kiri.  Aku randomly teringat pasal ni. Rasa macam nk buat mcm tu semula. Tak yah la keje mintak tisu kat pelangi. Kadang2 pelangi siapkan sepaket tisu untuk aku. Tapi selalunya, aku x tau ke mana pergi tisu tu. Pelangi bercuti ke Bali. Hari ni aku tak dapat reach dia lagi. Rindu. 

Wednesday, March 1, 2017

Slay dan sentiasa malas

Aku patut dah start mengajar semester ni walau belum dapat lantikan rasmi. Tapi rezeki, ada org lain x cukup credit. So, kelas aku bagi kat dia. Aku just kena share ajar 3 mggu je punya kuliah. Tapi amali sepanjang sem la. Okay la ada keje sikit.  Tapi yang aku kurang berkenan, aku selalu kena buat keje arahan semasa. Yang nak cepat. Contoh terbaru, jumaat ni kena bg lecture. Yang slide dia aku kena buat. Hari ni dah rabu. Lepastu, meeting suka2 main ubah2 tarikh. Dah la kena bg progress masa meeting. Byk pihak aku nk kena deal. Kadang2 aku cari tak dapat jumpa. So takes time. Aku ada masalah kalau mcm tu. Rasa jiwa berkecamuk kalau tak ikut aturan awal yang aku dah set kat otak aku. Kalau x set lagi, x pe. Okay la. Kalau aku nk bebel, mmg panjang lagi. Tapi sebab dah tak cukup masa, aku kena paksa diri. Biasa bila keja dah pile up, malas aku pn pile up sama. Tak tau yang mana 1 dulu. Keje jadi pile up sbb malas pile up ke atau malas jadi pile up sbb keje pile up.  Sekian.

Monday, January 23, 2017

Slay dan budak sayang

Hi budak syg,


I just nak cakap yang I syg u sgt. Terima kasih sebab syg I dan terima I. 



Love;
Yours.

Saturday, January 21, 2017

Slay dan sabtu

Sabtu lepas aku pergi Melaka dgn budak syg. Seronok mandi kolam. Sabtu ni aku kat rumah je. Lunch pun belum ni. Pagi tadi bangun lambat. Kalau aku pergi main futsal jumaat malam, mesti lepas pukul 2am baru aku boleh tidur. 

Dah tidur lambat, kena la terbangun lambat. Tadi kemas rumah. Ni nak kemas bilik lak. Tapi macam dah lapar. Tadi teringin makan nasi kukus tempat aku biasa makan. Tapi ni kalau dah jejak pukul 2pm, selalu mmg dah habis. Dah kena fikir menu lain.

Semalam aku hantar thesis utk print hard bound. Selasa baru boleh amek. Harap tak de apa masalah sebab Rabu dia nak tutup. Sakan gak dia raya. Ingat Jumaat baru nak tutup. Harap2 mggu depan dapat lah sign dr committee.

Lapar betul ni. Nak masak, megi pun tak de ni. Baik aku cpt siapkan kemas, mandi, cari makan. Ensem aku ni, mmg cukup cari makan. Tapi x kenyang la. Kena cari nasi.






Miss u.

Thursday, January 12, 2017

Slay dan cuba jadi dewasa

Aku masih di office. Minggu ni bermula dengan 2 meeting berturut hari. Isnin dan Selasa. Disebabkan itu, aku balik lewat Rabu dan Khamis. Esok masih ada kerja lain menunggu.


Senang cerita, jawatan semasa aku di jabatan sekarang adalah pelbagai. Aku lah S/U, aku lah field staff, aku lah lab staff, aku jugak academic staff. Memang pelbagai minggu ni. Biasanya, bila cuti semester start, itu menandakan waktu santai bermula. Tapi jadi terbalik pulak.


Aku bukan lah komplen tak bersyukur. Aku bersyukur. Sebab aku dah lalu kehidupan tanpa ada kerja nak buat. 1 jenis azab jugak nak habiskan hari. Aku cuba lah ikhlaskan kerja aku buat ni. Sebenarnya ramai je lagi org kat sini, dan aku bukan tunjuk rajin or tunjuk pandai or worst; kipas bos, tapi semua pandai cari alasan busy dan aku x reti menolak sebab aku diberi gaji. Bukan percuma pun aku buat semua tu.


*kadang2 rasa penat jugak. Dah la mmg kena double standard. Aku graduan local, dipandang sepi, yang belajar oversea, dipandang tinggi. Tapi apa2 hal, cari aku jugak. Yang lain, busy. Tak boleh disentuh apatah dijentik. Masa aku belajar dulu, minggu depan nak viva pun, masih diasak buat keje. Hari lain, apatah lagi.

Wednesday, January 11, 2017

Slay dan whatsapp

Okay. Hari ni, perbincangan atau lebih tepat luahan di sini akan berkisarkan whatsapp. Kalau masa sekolah dulu dia akan berbunyi lebih kurang mcm ni "Aplikasi whatsapp memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan pengguna yang lain. Bincangkan kebaikan dan keburukkan aplikasi tersebut. (50 markah)"


Hari ni jugak aku bagi chance kat kerani jabatan aku. Hari ni first time dia message aku kat whatsapp lps waktu keje (lbh kurang 8.30 malam). Dia message dan aku jawab apa yg dia nak tu. Bukan urgent mana yg kalau dia x dapat maklumat tu, or x dapat nak suruh aku siapkan, dia kena bayar denda ikut duration. Mcm lewat pulang buku, kena bayar RM0.20 sehari.


Tapi sebab ni pertama kali, aku layankan permintaan whatsapp dia. Ketua jabatan aku pun suka buat perangai macam ni dulu. Masuk 3 kali, aku dah tak layan dah. Aku faham, kadang2 kita teringat keje tu, and terus whatsapp org tu. Tapi kita x leh la nk expect org jawab lps waktu keje. Lain la mmg melibatkan kehilangan nyawa atau harta benda. Kalau mcm tu, call je la kan.


Kesimpulannya, aku berharap, aku tak ganggu org dgn keje di luar waktu keje. Atau lebih elok, aku doa, aku harap, aku tak buat org terganggu dgn kehadiran aku dalam hidup diorang. Better.



*tak sabar nak ber 'weekend gateway' dgn pelangi hujung minggu ni.


Monday, January 2, 2017

Slay dan kopi

Dah pukul 2am, tapi aku masih terkebil-kebil. Tak boleh nak lelap. Aku syak sebab minum kopi masa makan malam tadi. Dulu aku tak ada pun masalah susah tidur bila minum kopi. Mungkin kopi tadi banyak kafein dari biasa. Mungkin jugak sebab badan aku tak penat. Aku tak letih. Aku kena buat badan aku fikir aku keletihan. Nanti aku fikirkan cara. Mungkin kena jawab soalan math atau fizik dulu. Paling senang, aku baca sifir je la dalam hati. Macam kira kambing biri-biri dalam hati tu.

Tiba-tiba aku terfikir pasal malas dan bosan. Hari ni, aku mcm bosan. Jadi aku update semua soc med yg aku ada. Ada hari, aku malas. Walaupn bosan, aku lebih malas. Banyak sebab aku update soc med aku. Tapi lebih banyak sebab aku tak update. Ada masa, aku dah plan nak update, tapi tgh buat keje lain. Bila keje siap, aku pun dah lupa. Sebab lama sgt siapkan keje tu.

Pelangi masih tak sihat. Semoga cepat sembuh and all the best for your final exam.




Macam la dia baca lagi blog.

Sunday, January 1, 2017

Slay dan penuaan

Dua minggu lepas, Pelangi pergi bercuti dengan family dia. Mula-mula, aku berjaya jugak turunkan 2kg dalam 3 hari pertama ketiadaan dia di sisi. Masuk hari keempat, selera aku datang seperti biasa. Maka, dengan jayanya usaha untuk turunkan berat badan sementara ketiadaan pelangi, gagal.

Bila pelangi pulang ke tanah air, kehidupan aku kembali kepada rutin asal. Dating macam biasa. Pelangi memang biasa puji aku hensem (read: cakap aku bulat). Tapi recently, dia tambah list pujian dia untuk aku. 

Menurut pelangi:
1) perut aku bulat
2) rambut dah botak
3) rambut beruban

Dia kata aku ada ciri-ciri orang kaya. Amin. Semoga dengan adanya trait orang kaya ni, tahun ni rezeki aku semakin murah. 

Aku sedar. Aku sebenarnya dalam proses penuaan. Btw, 2017 ni, umur aku baru 31. Tapi seluar dah size 34.