Tuesday, December 4, 2012

slay dan extension.

aku tension dgn extension ni. mmg rhyme kan. aku baru je nk g hantar permohonan extension cuti belajar aku ke pendaftar. hopefully, everything goes well..Amin.

aku x jmpe pelangi masuk 3 hari dah. dia outstation lagi and dia x nak bwk aku. dia soh aku buat keje kt sini sementara dia x de ni. aku buat la jugak. ikut mana larat. aku ckp ngn pelangi, aku boleh je nk teman dia kali ni. sbb kerja dia kat sana sehari je pn.

tapi dia jual mahal and nak pergi sendiri. tapi kelakar. dia text aku ckp dia tunggang langgang aku x de. tu la. orang nak ikut x bagi. lain kali biar i je jaga u. ada ke nak beli jeruk kt chowrasta, tapi ckp kt pak cik cab nak pergi komtar. comel.

kawan aku ada course kat sini 3 hari. aku baik dgn dia ni. antara 5orang kawan yg aku kamcing masa degree dulu. sama2 pergi kelas lambat, sengkang mata siapkn assignment, tolong signkn attendance dan mcm2 lagi perkara normal hidup sebagai student.

dia stay kt area sini and aku amek dia g dinner. dinner kul 8. kul 11 baru balik. dua hari dah bsembang mcm tu. x abes2 lagi cerita. conclusion dari perbualan ktorg selalunya ialah susah betul kehidupan bkerja. dia straight. so x leh la aku share hal rindu pelangi dgn dia.

tadi pulak, aku melepak dgn bdk2 laki course aku dulu. ada yg ada keje kejap kt area sini. so singgah jmpe. saja bual2 minum sambil tambah gula dan dosa. aku tau aku gemuk n selekeh. tapi diorg x perlu la sapa aku dgn 'weyh. gemuk betul ko skrg. apa da jadi'. 'apehal smart sgt arini. poyo la' sambil hulur rokok.

diorg ni kawan2 aku yang mmg aku melepak sampai malam kt kedai smbil tgk bola, ngeteh n merokok kt kedai. zaman2 degree dulu n close betul bila sama2 practical kat area sini. skrg ni masing2 further study. so, selalunye skrg share masalah study lagi la. and sorg ni mmg aku selalu rujuk hal statistik.

aku dulu (skrg pun) selekeh je. aku suak pakai jeans n selipar jepun je g class..time ada lab baru pakai kasut. skrg ni ok la kau pakai kasut sbb hari2 g lab. tapi lau sabtu ahad g lab, aku bantai pakai selipar gak. selesa.

hari ni aku pakai slack n shirt. serta vest. so mmg la diorg ckp aku poyo. aku bknapa, vest tu sbb nk sembunyikan perut aku. tu diorg x paham. abes aku kena bahan tadi.

aku rindu kawan2 masa belajar dulu. belajar n g class ramai2. skrg ni kena hadap urusan belajar sorg. buat report, analisis n mcm2 lagi sorg. yela. kt thesis x boleh nak tulis dua nama pun kan. tapi kawan2 skrg pun mmg bagi moral support. lama x lepak n jmpe korg. kan? gp lbh sikit la kena tolong aku. sbb dia mmg dah lalu yg aku lalu.

ok la. nak gerak pergi selesaikan urusan yg patutnye aku dah selesaikan 3 bulan lps.


baby, cepat la balik. i x lunch arini sbb rindu u. u percaya tak..?
love n miss u so much. nak dating.

Wednesday, November 14, 2012

slay dan ibu.

ibu aku kalau jadi secretary, mesti dia sgt cekap. dia selalu update aku bila ada public holiday and tanya aku, aku akan balik tak masa tu. sama mcm minggu lepas dan minggu ni. dia masih tanya aku akan balik x.

aku ni, hari x public holiday pun balik. kalau jarak rumah dan lab hanya sejam, aku akan berulang kot dari rumah. aku tgh byk kerja pending ni sebenarnya. aku mmg nak balik. tapi td aku tanya ibu, boleh x balik rumah hari ni and balik sini semula hari jumaat, ibu senyap and tanya kenapa.

dia nak aku dok rumah lama kot. lgpn, adik lelaki aku cuti. so dia nak semua ada kt rumah kot. comel je ibu aku ni.

masa aku sekolah sampai time degree, dia soh aku dok situ, belajar. cuti pjg baru balik. cuti sekolah atau cuti semester. jarang aku balik weekend dulu. sekarang ni dah terbalik. kalau boleh setiap weekend dia nak aku balik.

padahal, dulu aku x sibuk. sekarang ni sibuk sikit. aku baru je seminggu tak balik. bukannya aku sibuk sampai tak ingat mak bapak. hari-hari call. tapi tu la. mana sama. dulu aku x rasa homesick pun. sekarang mmg homesick. kiranya, bkn ibu aku je ada problem rindu aku. aku pun rindu nak jmpe family aku.

lagi2 bila lepak rumah pelangi. adik-beradik dia ramai. so, mmg bergaduh la selalu and cakap jerit-jerit. lagi buat aku rindu family aku gak.




baby, jom balik johor. leh g JPO ngn legoland. nak?

Saturday, October 27, 2012

slay dan entry bercampur baur.

aku x tau nak start dari mana..mcm byk aku nk cerita..tapi mcm byk yg aku dah lupe jugak. hahaha.

ok..yang ni aku ingt. sbb aku nk tekankan konsep becareful what u wish for. contoh tdekat yg tjadi kat diri aku ialah pasal tandas flight. aku gatal ckp ngn pelangi, balik nnt i nk try la toilet flight. saaa je. x pwrnah try. sekali masa balik, 2jam bhempas pulas atas flight sbb keracunan makanan. mmg siksa. bygkn la, x smpai 2minit keluar dr toilet ( setelah 10min duduk dlm tu) dah nk masuk toilet balik.

tu bkn the worst keracunan mknn yg aku pernah kena. duduk asrama, mmg mcm2 la pernah rasa mknn. drpd paku, ulat gonggok, ulat sayur tu biasa. hahaha. pelangi la kesian. dia x pernah lg cmtu. lembik betul dia masa kena tu. kitorg syak kedai yg ktorg mkn masa mlm tu la. pelangi ckp ikan dia dah berbau. tp ktorg terus bhenti mkn dah lpstu.

ok..cerita seterusnya psl perjalan balik raya aku. aku tgh sampling mingg ni n mggu akan datang ni. selllu ada RAyg rlg, maaa krg sikit la beban kerja. tp ni pelangi pulak jadi RA aku sbb RA lama aku tu pergi buat kerja yg x yh tggu, tapi dia nk tggu. pening gila aku rasa hari rabu lps. ibu dah soh balik raya. aku ckp kerja aku x siap lagi. dia soh bwk balik umah. tp mana la boleh balance electronic tu aku nk rembat dr lab.

maka pelangi diheret sama siapkn kerja aku. siang dia buat kerja dia, ptg dia buat kerja aku. dia boleh tlg aku buat keeja aku. tapi aku mmg x tau buat kerja dia. yg boleh, aku cuma leh jadi driver dia. hehehehe. aku telah berjaya x tidur 21jam hari khamis lps. ni pn belum cukup tdo lg. sbb aku bwk balik kerja kt umah lg. tp ada ibu dan adik2 tlg. n ayah aku tlg bagi upah kt diorg. hehehe.

pelangi masak nasi tomato smlm. aku nk rasa dia masak. lama dah x mkn dia masak utk aku. rasa yg latest dia buatkan aku air teh masa dtg umah dia. sbb mama dia mmg masak. x kn tiba dia nk masak lauk lain lak. mggu dpn ni mcm apa lg la hidup aku. tp sempena konsep korban n redha, aku pasrah je la.

ibu n adik aku nk dtg tlg aku kat ladang. tp x sanggup aku. aku pun x larat n bpanas. x kn nk biarkn ibu bpanas.

baby, i love u so much. selamat hari raya. don't worry. i temankan syg g outstation k. nak makan kari udang lg :P

Tuesday, October 2, 2012

slay dan outstation.

x. bukan aku yg outstation. pelangi. tapi aku pun kena tempiasnya. jauh gak pelangi kena kerja luar esok. sbb tu pergi arini. tp esok lps keje dah balik sini balik.

pelangi kena transfer. boleh kata makin dekat dgn aku. yet makin jauh sbb selalu kena keje luar lps ni. selalu tmpt dating ialah mall. mgkin akan dtg ni tempat dating adalah airport. kn yang..?

baru 3jam berlalu dr aku bpisah dgn pelangi td. tapi rindu sgt. mgkin sebab otak da g buat mindset dia berada di luar kawasan, tu yg rasa mcm jauh sgt. aku nak je ikut dia g keje. tapi aku tgh sibuk sgt akrg.x leh nak lari n ponteng sgt cm dl.

tp dlm sibuk smlm sempat layan show lawak. ada 1 session ni aku rasa mmg kelakar n kena sgt dgn aku n pelangi. kelakar mmg kelakar. aku enjoy gila. tapi at the same time, aku rasa isunye serius.byk benda dlm relationship yg mmg kita kena tolerate dgn psgn. aku setuju, yg semua relationship tu complicated. ye la. ada dua otak n dua mulut. itu kalau monogami la. lau x, mmg byk kepala n mulut la yg terlibat. aku suka makan. jadi aku bagi contoh makan. sedangkam bila aku sendiri sensorang pun aku susah decide nak makan apa n kat mana. sbb byk pilihan. kadang2 x tau mkn mana sbb bosan. lagi bila berdua. lagi la bmacam isu nk mkn. itu x suka la. ini x suka la. hahaha.

aku nk mkn takoyaki kt sushi king. pelangi nak mkn carbonara kt food court. korg rasa siapa menang..? ok. betul. pelangi berjaya kali ni. sbnrnye x se siapa pengalah sbb end up 2-2 kenyang. n akan ada byk masa lg berdua utk mkn takoyaki aku tu. hahaha.

mmg la hal mkn x complicated mana. tp kdg2 benda kecik ni do matter. benda besar apatah lg. pelangi mmg kena tolerate ngn aku yg suka sepahkn bilik, main game, tdo awal, malas basuh baju, manja mengada n mcm2 lg. pelangi garang. tapi manja.

pelangi ajar aku jadi dewasa sikit. sikit2 la. sbb dia pn mcm bdk2. aku suka je belajar jd bwsar dgn pelangi. buat benda yg 1st time sama2. hurm. mgkin aku patut e-mail je kt pelangi entry ni supaya x meluat org lain baca. tapi aku mmg tgh rindu pelangi sgt. mgkin ini kot org ckp jarak yg jauh tu mendekatkan sbnrnye.

aku cuba jadi yg tbaik utk pelangi n i know she's trying her best also. aku mmg penat bkejar ke sana sini mggu ni. aku ingt aku perlukn rehat, rupenye aku perlukan pelangi. tengok dia senyum, dgr dia ketawa, buat dia marah. i enjoy it. sian dia asyik kena sakt dgn aku. tapi i love her n i love doing that to her.

hurm. aku nak cerita psl show lawak on relationship. tp end up aku cerita pelangi je. hahahahaha.

hey..hey..
baby,
i miss u so much. love u.

yang..jay baca berita malam ni :P

Wednesday, September 26, 2012

slay dan frust.

pelangi dari aritu lg soh aku update blog. tp aku selalu penat n sibuk main game masa lapang. tp sebab dah terstuck, aku x de pilihan. aku harus update blog. aritu aku deactivate fb n twitter. tp skrg dah ada balik, tapi aku mmg x sign in. sbb nnt aku sibuk baca benda2 tu. sedangkn masa aku terhad. mana nk buat keje, bcinta, main game dan spend time ngn kwn2.

aku dah lama x stay lab malam. smlm aku terpaksa. sebab mngenangkan hari ni aku ada kerja yg penat. sebbb kena sampling. aku sampling isnin n rabu. sekali pagi ni hujan lak. frust aku. selalu aku mmg nk hujan bila aku kena ke ladang. tp arini berbeza. aku pun pelik. if pukul 10 ni aku g ladang. mau pukul 2 nnt baru siap. sudahnye. aku decide, arini ari cuti aku.

semoga arini pelangi abes kerja cpt. smlm x sempat dating. aku cakap smlm hari prektis. dia nak prektis x dating lg untuk beberapa hari. isk. mana boleh. pelangi mmg suka bergurau kasar. minggu dpn pelangi kata dia kena keje susah. aku harap semuanya lancar untuk kami. aku pun susah bila dia susah. even dia susah hati dah buat aku susah. aku suak dia gembira n merepek mcm selalu. eh salah. garang mcm selalu.

hujan ni mcm nk bhenti pulak. mohon tlg hujan smpai kul 12. baru aku betul rasa lega. sbb ponteng kerja arini.

oh ye. smlm bila stay lab smpai mlm, aku rasa nk ada katil lak kt lab tu. senang. penat tido. terjaga, sambung balik buat keje. cuti belajar aku nk abes dah. seraaaaaaam nihhhhh.

ok la, nak g mandi. nak bersiap wangi2. lupekan segala masalah hati.


love n miss u so much, baby.
bestnyeeeeee hujan leh golek2 n tido kt bilik, x yh g keje :P

Friday, September 7, 2012

slay dan sam.

aku suka lagu OST utk cerita aku, kau dan dia. if x silap. ala. yang saheizy sam dgn yana samsudin nyanyi tu..tadi bila lagu tu berkumandang kt radio, seraya pelangi berkata:

pelangi: i suka sam. dari cerita pa'en lg. hensem. *sambung nyanyi lagu tu*

aku: oo..patut la u suka i at the 1st place.

pelangi: *terhenti nyanyian dia*






aku mmg x hensem mcm sam. sebab aku lg hensem dr dia.

baby,
i love u :P

Tuesday, September 4, 2012

slay dan anniversary.

esok 2nd anniversary aku dgn pelangi. aku pulak mmg tgh sibuk. semalam sampling. harini dgn esok aku ada conference. tapi conference ni boring sikit. banyak policy paper presented. x berapa nk kena dgn apa yg aku tgh buat skrg. tp bagus untuk cita2 aku nak jadi PM 1 fine day nnt.

weekend haritu aku sempat balik kpg lg. sebab adik aku pn nk balik, jadi kitorg balik la 1 kereta. senang. aku bgtau ibu yg aku banyak kerja. dia offer nk tlg aku. aku mmg malas buat kerja ladang. eh. semua pn aku malas. aku sendiri x sanggup buat kerja ladang lama2, x kan aku nak bagi ibu dgn ayah aku tlg aku. dah la aku mmg x buat kerja umah lgsg kat umah seperti memasak dan basuh baju. ye. aku pemalas.

tapi sbb aku anak sulung, aku leh paksa adik aku tlg. semalam dia tlg aku. cabut rumput dekat setengah hektar jugak la. dr kul 9 smpai kul4. dia berhenti lunch je. free labour. hahaha. pandai la dia claim upah kt mak bapak aku nanti.

mcm aku cakap awal tadi. esok anniversary aku. aku nak jadi org yg romantik. tapi x sempat nak cari buku self-help utk jadi romantik lagi. maka aku masih org yg sama. yg x romantik.

tapi aku harap pelangi tau yg aku paling syg dia lps family aku. aku mmg x romantik, tapi aku pun x menggatal dgn gadis2 lain. aku x romantik, maka aku x leh jadi romeo. sebnrnye aku bkn x nak menggatal. tapi x de yg sudi. hahahaha.

pelangi hebat. dia berjaya buat aku tak nak org lain dah. dia cukup sempurna utk aku. walaupun most of the things kitorg mmg berlawanan kecuali sifat malas, tapi aku happy dia around. suara dia buat aku tenang. tengok dia buat aku rasa lapang. bergurau dgn dia pn seronok. sebab lepastu selalunye kitorg gaduh. maka sesi pujuk2 pn bermula. dia buat aku sentiasa ada kerja.

antara benda kelakar yg pelangi buat kat aku is tgh2 borak kt kedai mkn ke kat mana ke, dia aka cakap ' tu perempuun cantik lalu'. aku pun tgk la. lpstu dia marah, 'oh, gatal nak tengok perempuan cantik'. reaction aku tgk bukan sebab perempuan cantik, sebab dia suruh tgk. tapi dia x caya reason aku tu :P

banyak sgt benda comel yg pelangi buat, tgk aku dgn hujung mata masa tgh minum air just because aku rasa dia ego utk tgk aku smpai kena toleh. aku suka makan duduk sebelah pelangi instead of duduk bdepan. sbb aku rsa lagi dekat if duduk sebelah.

biasala org ckp, baru bcinta, semua indah. semua sweet. tapi aku rasa lg lama ktorg bcinta, lagi sweet pelangi. aku berharap sgt semuanya dipermudahkan utk aku dan pelangi.

baby,
i love u so much.
i love u so much.
i love u so much.

Tuesday, August 28, 2012

slay dan gitar.

susah rupanya nak bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

itu tipu.

petang tadi aku sempat lepas gian. karaoke untuk sejam. ok la tu. sebulan bercuti demi menghormati ramadhan. ye la. x kan bertadarus x leh tapi leh lak berkaraoke. itu aku cakap utk diri aku.

sebab dah lama x buat benda lagha camtu, aku lupe lagu apa aku selalu nyanyi. tiba aku gedik g pilih lagu warisan wanita terakhir. aku pun start la nyanyi. tapi sebab lama x dgr, aku lupa lagu tu macam mana. dalam video clip tu dia main gitar. seraya pelangi pun berkata:

'kan best if u pandai main gitar utk i'

'hurm... *sibuk nk nyanyi tapi lupe melody*'

'erm. menyanyi pun u x reti, ni pulak nak main gitar'

*aku terus amek remote biar penyanyi asal nyanyi and aku dgr*


aku bukan x nak belajar main gitar. tapi aku try ushar tgk mcm susah sgt nak hadam. main game guitar hero aku pandai la. kadang2 aku teringin jugak jadi orang yang romantik. tapi memang susah.

nanti la aku cuba cari buku self-help untuk jadikan diri aku ni romantik.

hey..hey..
i love u so much.
:)

pelangi romantik. tapi macam aku biasa cakap. dengan cara dia yang tersendiri :P

Sunday, August 26, 2012

slay dan work out.

x payah pergi gym or bjogging lepas2 raya ni. kerja kat field berlambak lepas cuti raya lama. x beraya mana pun. 1 syawal balik kampung ayah. 2 syawal balik kampung ibu. then abes da raya aku. tenang hidup.

aku mmg malas beraya. aku suka cuti duduk rumah je. asalkan ibu ayah dpn mata, aku ok. if dpt beraya mcm org normal berdua dgn pelangi, rasanya ktorg g beraya umah sedara kejap je.

pelangi mmg x reti duduk lama berborak x buat apa. aku plak ok je nk layan borak if kena gaya. cuma aku da mcm org tua. selesa duduk rumah sendiri. x boleh nk keluar lama2.

selalu aku balik rumah dlm 3, 4 hari je. aku dah lama x cuti hampir 2minggu cmni. rasa homesick plak. lama x rasa cuti sem lpk kt umah sebulan lbh. nikmat betul masa tu. org belum tanya aku bila nk kahwin. tp org tanya aku bila nak abes. aku cuma jawab Insya Allah, ada rezeki, abes la. kang aku bagi specific tarikh kang, diorg lak terkejut. oh ye. sedara aku cuma tau aku belajar. diorg ingat aku x lepas2.

kakak pelangi nk kahwin hujung thn ni. mama dia dah cop aku mintak tolong bungkus telur. ok. keje tu aku confident nk buat. cuba kalau dia soh aku jadi mak andam, mmg x jadi kahwin la akak dia tu nanti. lepasni org akan tanya bila pelangi nk kahwin. aku kalau dgr soalan tu dpn aku, ringan je aku nak jawabkan. tapi apa jwpn yg sesuai, bgantung kpd siapa yg tanya.

ok la. aku baru lps ke ladang. saja tunggu peluh kering b4 mandi.

baby,
love n miss u so much.
jangan kahwin dgn org lain.

Friday, August 24, 2012

slay dan hey..hey..

pelangi mmg comel dgn caranya yg tsendiri yg kdg kala menyakitkan hati..tp aku pun apa kurangya..haaaaa..

ni paling lama aku dan pelangi berjauhan.

memang menyiksa jiwa.

kan best lau boleh beraya bersama..amek turn balik kpg siapa dulu on 1st raya..rindu sungguh nk jumpa pelangi dan dating buang masa sama2 kat mall..byk yg ktorg dah plan nk buat..walaupun aku rasa kebanyakkan aktiviti ktorg not according to plan selalunya..

asalkan dpt bsua muka, tgk muka masam dia, cukup dah hari aku pd hari tu :)

yang,
i love u and i miss u so much.
hugs n kisses.

Monday, July 16, 2012

slay dan kecewa.

sukar aku nak gambarkan perasaan aku skrg. mcm kecewa, mcm sedih. ntah. bila aku rasa bersemangat nak merubah nasib aku yang pemalas ni, lagi macam2 hal yang terjadi. aku tau aku tak layak mengeluh. ramai lagi org yg mempunyai dugaan hidup lebih hebat dari aku.

aku rasa mcm kecewa sgt sbb things happen not according to my plan. bila aku x plan lgsg, org ckp mcm tu dah kira gagal. sbb gagal merancang is merancang kegagalan. tapi bila perkara berlaku dia luar kuasa aku, dan pada waktu semangat memuncak, perasaan kecewa tu mmg aku x boleh nak sembunyi dan pura2 tiada.

aku nak habiskan study ni secepat mungkin. aku dah letih.

Sunday, July 15, 2012

slay dan terlepas.

aku x perasan smlm ialah 14/7..aku suka dua nombor tu..mengikut tagline blog aku, aku patutnya tulis sesuatu di blog aku ni..apakan daya..masa yg dah lepas x boleh diulang kembali..

aku ingat nk buat keje sikit hari ni..nak kena kejar masa..26 ni nnt aku ada progress meeting..stress la ku utk 2 mggu ni nanti nampaknya..stress sbb aku rasa progress aku x berapa nak significant..takut prof not happy with that..tu je..

aku ni mmg bkn jenis hardworking sgt orgnya..aku buat keje bila aku nak n terpaksa..aku suka relax je..senang cakap, aku ni pemalas.

aku dah siap mandi da semua..ini ajaib sbb hari ni hari ahad..aku ingat tadi nak ke offfice..tapi tiba rasa nak layan cartoon lak..lps lunch nnt je la terus g lab..buat keje yg boleh buat kt bilik dulu sementara tu..

lgpn smlm aku x berapa nak ada mood..ye la..lps pelangi bermalam kat tempat aku, and bila dia dah balik umah, aku mmg perlukan masa untuk bertenang..dia mcm ada 1 perasaan yg sgt rindu tu..walaupn baru je berpisah..

ini puasa ke 3 aku kenal pelangi..rasa mcm baru je kenal dia..dia garang..tp dia selalu buat aku senyum dan ketawa dgn ayat2 sarcastic dia..aku suka bila dia buat perangai2 comel dia..contohnya, curi buku 'sepucuk pistol dlm laci' lpstu baru cakap dia pinjam..oh ye..aku baru realized yg aku rasa dia curi komik 'junk food' jugak ni..nnt aku tanya dia..

aku mmg boleh tersenyum sendiri kalau ckp psl dia..mcm aku tengah buat skrg ni..mmg x kan pernah abes kalau aku mmg nak bercerita psl dia..i miss her so much.

ok la..nak start buat keje..


love u so much, baby. u r my dream girl comes true.

Sunday, July 8, 2012

slay dan lunch.

aku bangun dan mandi awal hari ni walaupn hari ni hari Ahad. mgkin sbb dah terbiasa pergi ladang 3,4 hari ni..esok pn nak kena g ladang lg..utk 3 bln seterusnya.

cita2 aku nk g lab awal arini, tapi tiba2, malas dtg..so, lps Zohor je la baru gerak..Zohor kul brape tu yg masalahnye..eehe..aku ingat nak g pesta buku lg..tp pelangi x dpt nk teman, apatah lg nk g dating..

aku ada masalah..aku suka ckp aku rindu n syg pelangi kt twitter n fb..mgkin lps ni aku just ckp kt blog je la kot..sbb x nak buat org menyampah..

aku ada baca satu catatan peribadi wani ardy dlm langit vanilla..aku suka sgt page 36 n 37.. 'hati manusia itu sesuatu yg rumit, sulit'

ok la..tu je aku nak tulis..

p/s: jgn bilang tidak, bila kita belum mencuba, siapa yg tahu akan sama hatimu dan juga hatiku. i love u so much, baby..as always.

Wednesday, June 27, 2012

slay dan cari tajuk.

ok..selalunya part yg paling susah bila aku update blog aku is cari tajuk yg sesuai untuk post tersebut..ye..aku boleh je skip part tajuk, tapi aku x suka biarkan ada ruang kosong kecuali dlm kertas jawapan aku..mmg banyak kosong.

atas meja aku x de ruang kosong, kat bilik aku pn sama..kat hati aku apatah lagi..mmg x de ruang kosong dah..

aku ajak pelangi tgk game portugal vs spain awal pagi nnt hari ni, tapi dia x nak..aku rasa dia takut kalah la tu..dia soh aku join ayah ngn adik dia je..dia nak tdo dia cakap..

lau dia x nak tgk, hilang la keseronokan menonton perlawanan bola sepak :( yg sebenarnya, aku pun x sure aku mampu utk menahan mata ku ke x..selalu kul 11pm je aku dah tdo..kecuali la aku da tdo byk siang tu..so, aku kena tdo la siang ni nampaknya..ok..sound promising.

aku cintakan pelangi sgt..gp pn dah penat nk dgr aku ckp aku rindu n sayang dia..tapi aku belum penat nk cakap..

syg, i love u so much.

ok la..aku nak start buat keje sekolah aku. lpstu nak tdo siang.

Sunday, June 24, 2012

slay dan rutin.

untuk sebulan yg lepas ni, rutin harian aku berdating ngn pelangi sedikit terganggu..bukan setiap hari aku dpt jmpe dia..selalunya smpai x de citer wayang yg ktorg nak tengok kt wayang dlm seminggu tu..abestu, dah kalau hari2 tgk wyg..ataupun selang dgn karok..hehehe..

tapi sebulan ni baru 2kali je aku dating kt mall ngn pelangi..yg lain aku dating kt umah dia..ngn family dia..seronok gak..dpt minum teh o panas sambil bergurau dgn mak dan ayah dia..oh ye..sambal ikan bilis mak dia sedap..

rutin harian aku yg lain seperti gosok gigi, berak, makan, tidur semua x terganggu..mcm biasa je..cuma, bulan ni, dah 2x kot aku balik johor..if aku x silap la..susah nak kira..sbb family aku selalu gak gi sini jenguk aku..mcm zaman2 dok asrama dulu..

aku duduk asrama dr form 1..so, sejak tu, aku balik umah berkala..tapi aku jmpe family aku kerap la..sbb diorg dtg jenguk aku..hehehe..

aku ni bkn la org yg berwawasan..if ibu n ayah aku x paksa aku belajar, pergi sekolah, aku pun x tau apa nasib aku sekrg..ehehehe..


*pause jap..pelangi call*

aku: yang..malam ni italy vs england..

pelangi: eh..? i sokong italy..

aku: untuk game ni, i pn sokong italy..tp u kn sokong MU..kena la sokong england..

pelangi: apa pulak..? mana ada kena mngena MU dgn england..

aku: *terus bahan pelangi* she so cute in her own way..


ok..sambung balik..aku bersyukur ibu ngn ayah aku paksa gak aku belajar dulu..aku merengek2 x nak dok asrama dulu, masa matrik pn sama..aku dulu belajar sekolah biasa..cuma duduk asrama je..kt matrik, mostly dr SBP..aku terkontang kanting la jadinya..

cuma, skrg ni, diorg dah x paksa aku..ibu n ayah bagi aku buat apa yg aku nak..if aku nak keje, aku keje..if nak belajar, belajar..masa aku nak quit aritu pun, ibu cuma ckp, fikir balik..tu je..aku yakin dia doa supaya aku dapat apa yg terbaik utk aku..

cuti belajar aku abes bulan 12 ni..aku nk mintak extend..aku boleh je naik keje..sbb aku belajar dalam pun n aku belajar kt uni aku keje..specifically, department aku sendiri pun..tapi bila cuti belajar, dpt elaun..hahahahahahaha..

gp dah nak pergi further study dia..tinggal la aku sorg kt opis nnt..aku jenis malas pikir..if aku stuck n cari jwpn dlm 5min, then x jmpe, aku terus tanya gp..walaupn aku tau dia x tau..tapi seronok cari jwpn sama2..n kalau aku malas nk pahamkn, nnt dia terangkan..

masalah terbesar ktorg is statistic..ktorg guna software sas..eh..banyak plak aku citer psl professional job aku (read: belajar)..dah la tu..hidup aku lbh seronok dari tu..sbb esok gaji :)

oh ye..esok aku ingat nak daftar mengundi..baru terbukak pintu hati lps diberi rasuah 28K..Mael lambong je yg x makan rasuah..hahahaha..

aku rindu family aku..if aku x jadi start new study on 1st week of july, aku ingat nak balik johor la dulu..tengok dulu cmne..aku ni fail bab planning..



baby, miss u so much..nak tengok bola sama2..i suka tgk gelagat u time tgk bola..i love u so much..i love u as always :P rindu nak bergurau senda ngn syg :(

Saturday, June 23, 2012

slay dan 200K.

Salam 1 Malaysia.. Lama dah aku x menulis kat sini.. Sibuk dgn MLM..skrg ni dah kaya, boleh la menulis balik..banyak masa terluang..


Hahaha..cool gila if benda tu betul :P oh ye. Arini ada audition sejuta impian..ala..program kat tv3 tu..yg kita dapat funding utk realisasikan impian kita..aku ingat nak mintak gak..tapi aku nak 200K. Tu pun tanpa aku amek se sen pun..


Duit tu aku nak guna nak bebaskn diri aku dari tanggungjawab professional aku skrg ni. Masa aku sign agreement tu, aku x pasti la kesihatan mental aku masa tu cmne..
Aku kena bayar 200K if aku x berjaya complete kn keje aku ni..yg comelnya, aku rasa, aku dpt pn utk belanja seharian aku, x la sebanyak tu..hahaha.


Aku ada masalah..kadang2 aku rajin..selalunya aku malas..rajin 10 minit..malas 10 jam..how cool is that..? not at all.
Ini semua salah hormone. Oh ye. Dan setan..


X pe..benda ni bkn mustahil..Cuma payah sikit je..tapi aku ada ibu ayah yg doakan kejayaan aku..aku ada gp yg ensem, ada kawan2 aku..aku ada pelangi yg comel..kdg2 mmg aku down..tapi aku kena hadap gak..sbb x de benda lain yg aku rasa aku tau buat..

Aku x pandai main muzik..kalau x leh buat band..

Aku x pandai masak..kalau x leh bukak restoran..

Aku x ensem..kalau x leh jadi gigolo..

Nak buat MLM, aku ni pemalu..berdarah gemuruh bila nk buat presentation.


So, nak x nak, aku hadap je la..sebagai seorg manusia cool yg hidup penuh cabaran. Distraction nowadays ada pelbagai bentuk dan rupa..aku cuma perlu kekalkn focus.

Dari kecik aku tau aku nak mainan apa, aku nak pakai baju warna apa, aku nak dapat nombor berapa masa exam..aku rasa aku memang tau aku nak apa..Cuma aku kena usaha lbh sikit..doa lbh banyak dan tawakal sepenuhnya..



Baby, miss u so much. U hutang i smlm :) jgn buat2 lupa nanti bila kita ketemu lagi.

Friday, April 27, 2012

slay dan kedai makan.

Kat tempat aku ni, pelik2 nama kawasan tempat makan..contoh: padang, lubuk, tasik. Tapi aku bukan nak cerita psl tu..aku nak cerita kisah aku makan td..

Hari ni tadi, aku g makan kt lubuk..selalu aku makan berdua la ngn pelangi. Kalau makan kt padang, selalu makan ber3 ngn gp sekali..ktorg makan kt lubuk x sekerap ktorg makan padang..ada la kot sebulan sekali ktorg makan kt lubuk..ehehe..

Aku g makan seorang diri lepas penat bekerja seharian..betul..hari ni aku bkerja seharian..sampai x lunch. Bila aku nak g bayar apa yg aku makan, akak kedai tu tanya:

Akak kedai: sorang je dik? Kawan selalu mana?
Aku: a'ah, kak. Dia keje.

Bila aku cerita kt pelangi,

Pelangi: i kena tanya akak tu, kawan yg mana dia maksudkan.


Hahahaha. Kalau aku bergilir bawak awek dtg mkn situ, mesti payah utk akak kedai tu tanya soalan kt aku.


Ok, cerita kt kedai makan lain pulak, aku pernah kena baling ngn menu kt muka oleh akak yg amek menu..drama kan..? Gara2 emosi dgn cerita yg dia dgr..siap ckp aku jahat..ok, hal tu, aku malas nk cerita kt sini. Akak tu pn aku x nampak dah bila aku pergi makan kt sana skrg ni..

Moral of the story: jgn bawak awek yg berbeza makan kt kedai yang sama.

Tadi call pelangi,

Pelangi: u cpt la cari tempat nak pergi jalan esok.

Aku: ye la..tadi i buat keje..esok kita redah je la mcm selalu.

Pelangi: u x cari tempat, i x nak balik sana.


Eleh. Macam la dia nak dok sana jauh2 dari aku lama2.. hahahaha.


Baby, i miss u so much. Andai i bercinta lagi, i nak bercinta dgn u lagi. Love u.

Wednesday, April 25, 2012

slay dan pelangi la..siapa lagi.

pelangi akan berada di luar kawasan jajahan aku smpai jumaat..sebab sabtu, aku akan ke sana pulak. hero pergi selamatkan princess dia. mmg drama sangat.. pelangi ni bila datang sweet dia, mmg boleh buat aku melt sgt..mmg x macho la bila aku melt..tp dah mmg aku in love sgt dgn dia, x perlu nak melt pn, aku tetap so in love dgn dia. sian gp arini..sebab dia akn kena tahan dgn aku yg akan asyik ckp 'rindu pelangi la' selang 5 minit..hahaha..x pe esok dia pun tgglkan aku..sob..sob.. bila la elaun aku nak masuk ni..? aku rasa mcm dah patut masuk..tapi x masuk lagi..aku risau sbb aku x hantar lagi progress report..tapi aku mmg la bercadang nak buat and hantar, cuma bukan la dlm waktu terdekat ni..so, aku hope, elaun aku x de masalah sangkut sbb x hantar progress report tu.. walaupun aku sibuk questionkan elaun aku tu bila nak masuk, aku masih bersyukur dgn apa yg ada skrg ni..ALHAMDULILLAH. oh ye, borang naik gaji tahun lps pn aku x hantar lagi..pun nak kena hantar waktu terdekat ni..bak kata gp, duit tu as motivasi utk abeskan apa yg ktorg tgh buat skrg ni.. nampak macam aku sibuk dgn research and x de masa nak buat tu semua..mmg betul la tu. hahahahahaha. kan, sygku..? :P hurm..hidup ni mmg bukan duit semata2..tapi nak hidup mmg kena pakai duit..sama la mcm nak berjaya, x semestinya kena ada certificate apa2, baru boleh berjaya..tapi tu la, nak kena tgk juga bidangnya..kalau la aku memang berbakat dlm bidang seni kreatif, lain citer la..x de certificate utk talent..semulajadi ada pada org tu..aku pasti aku berbakat dalam tidur-di mana-saja dan x de certificate di keluarkan utk iktiraf kebolehan aku tu..oh. tapi aku mungkin leh dapatkan dr Mlysia book of record or benda2 cmtu kot. kn..? aku mungkin berbakat dalam mak yong..cuma aku x pernah cuba menari mak yong. aku rasa aku patut cuba la..umur dah makin meningkat, byk bnda aku belum explore..atau sebenarnye, aku mmg dah selesa dan puas hati dgn hidup skrg..buat aku rasa cukup dan sempurna hidup begini..kn..? byk theory ni kalau nak kupas satu2. tapi perut aku lapar ni. aku patut pergi makan skrg. priority tertinggi ni. sygku, jaga diri baik2 kat sana..love u so much..miss u a lot..jgn lupe i tau. hahahahaha. mmmuuuaaahhh. enjoy urself :) but i bet u don't because i'm not there with u. hahahahaahahah.

Thursday, April 12, 2012

slay dan bangun pagi.

ok, 2 minggu ni, aku berjaya masuk office sebelum kul 9..sebab..? pelangi ada kursus..kaitan..? tanggungjawab aku utk hantar dan jemput dia..gp yg kerja pn masuk lbh lambat dari aku yg cuti ni..hahahaha..

bila ada bilik sendiri tapi duduk berdua, ruang kerja sendiri dan tersembunyi serta meja bsepah, memang membantu meningkatkan taraf hidup..dari 1 segi..yang pasti bkn segi kewangan..cumanya kira hidup lebih selesa dan mudah la..contoh, bila gp yg bujang ada masalah kesihatan ataupn mata susah nak bukak pagi2 and aku sebagai org yg dah berumahtangga (lalalala) yg btanggungjawab, gp akan sms aku soh punch in utk dia..

masa aku belum cuti hari tu, dari kolej aku pn, aku leh punch in guna wifi kolej..tapi skrg dah x boleh..aku plak x boleh ngelat nanti..x pe..mungkin masa tu gp dah berdua dan akan pergi kerja awal jugak, mana kita tau kn..?

meja ktorg memang bsepah dgn kertas2..kalau nak cari barang dan kertas yg lama2, mmg kena ambil masa utk cari..tp percayalah, selalunya ktorg berjaya mjumpainye semula..cuma lambat ke cepat je la..

aku bkn nk tunjuk ktorg rajin kt sini, aku cuma nk cakap, ktorg ada sistem ktorg sendiri utk organize benda yg mana cara tu x sama dgn cara org lain..tu je.

minggu ni, aku x takut g office sebab x yah lari dari sesiapa..otai2 semua ke kelantan..ada conference..aku harap tahun dpn, buat conference kt pulau lak. confirm aku gi.

malam ni pelangi x nak aku kacau dia, dia nak study. tp aku yg student sbnrnye.erm. x kisah la..all the best for tomorrow, yang. love u so much. u mesti rindu perut i malam ni.

Sunday, February 26, 2012

slay dan ke hadiqatul hayawanat wataniah.

Ini kali ke 5 aku pergi zoo negara..dan aku tau, bilangan kali tu akan meningkat bkadar terus dgn tahun aku hidup bsama pelangi..hehehe..dia suka pergi zoo, dan aku suka dia..ak rs mmg kena pay a visit at least once a year ni ke situ..sbb she asked that..n ak suka tgk dia gembira..

Tp bila aku ckp, kita celeb anniversary kt sana, dia x nak pulak..hehehehe..ak suka tgk pelangi senyum, gembira, excited tgk merak jantan yg selama ni dia ingat merak betina yg cantik..dan byk lagi la..hehehe..

Dia suka tgk binatang, dia ckp la..tmasuk la serangga..aku pulak suka tgk dia mkn aiskrim, muka masam sbb letih n kaki sakit..uka boring sbb tgk animal show yg dia kata x best pn..hahaha..ak rs pelangi cuma nk dgr singa mengaum je bila ke zoo..itu aku pn boleh buat bila aku marah..hehehe..

Aku cirit pagi ni n as usual, aku x tau aku silap makan apa..huhuhu..if pelangi ada around, boleh merengek mngada2..ni dia, bangun pn belum agaknya..hahahaha..

Pelangi selalu ckp aku suka kutuk dia dlm blog aku..tp itu menunjukkn aku jatuh cinta kt dia, x sama mcm org lain yg fall forher..i enjoy being unique..she enjoy being antique..hahaha..x de la..aku suka pelangi merajuk comel bila aku kutuk dia..tp ye la, siapa tahan if asyik kena provoke..maka, ayat jiwang yg suci dr hati suci aku, ada aku smpaikn di blog yg lain..and bila ak privately texting to each other..oh ye..dan kata2 love n miss di fb..hahaha..

Aku selalu cari jln mcm mana nk dating on weekend dgn pelangi..aku percaya, dia pn sama..arini idea aku, ak nak mkn rangka ayam kt psr malam umah dia..n beli something, bwk g umah dia, supaya mama dia bg aku masuk n mkn ngn anak dia..ehehehe..bijak x aku..? Aku percaya, bdk 5 thn pn pndai helah ni..

Pjg lak aku rasa entry ni..mgkin sbb aku nak habiskn masa sbb nk tggu pelangi bangun..huhuhu..oh ye, aku ada dua buku wimpy kid..dan aku ada download 1 buku wimpy kid ni..tp yg aku pelik, mcm x sama version dia..tp dua2 buku yg aku compare ni, kulit dia merah..tp dr aku penat cari jwpn utk benda tu, aku just enjoyed reading..ehehehe..

Bila aku penat baca buku kartun, aku main game..vice versa..current aku ada 4 game..baru 1 abes..lagi 2 tu game bola n fighting..maka x de la level mcm mana sgt..ni ak nk try abeskn dungeon hunter alliance..tp weekend da nk berakhir..bila la dpt abeskn ni..sem ni aku gatal pi amek kelas isnin n selasa..so, aku akan smbung main game kt kelas sementara tggu lecturer smpai la nampknye..

Aku x ingat berapa portable game yg aku pernah ada..sbb masa kecik2, aku rasa banyak je main brick game..beli kt pasar malam..so, kadang2 bnda tu mudah la nk rosak..lgpn, masa kecik..bila berebut, kita akan baling sesuatu benda tu..kannnnnn..? Ehehehe..dah sekolah menengah, setelah puas aku buat deal ngn parent aku, aku dpt la sebijik game boy colour masa tu..seronok sgt masa dpt tu..skrg pn seronok lg..lama gak aku main benda tu..n aku can rely on it to kill time..hohoho..smpai aku degree aku main lg bnda tu..n still elok lg bnda tu dlm simpanan ibu skrg ni aku rasa..x tau la if dia dah bagi cousin aku..

Bila dah post grad, aku main nds lak..masa ni aku addict ngn guitar hero..tp lps aku jmpe pelangi, aku addict ngn pelangi je la..hehehe..nds ni x de la sentimental value mcm game boy tu sbb beli tanpa ada deal ngn parent..eheheh..aku pn x sure, nape aku beli nds, bkn psp..aku rasa, idea aku masa tu, game kena la interactive..main nds, ada yg kena tiup2 la, touch la..eh..tu je kot..ehehe..

Skrg ni aku try main psvita..aku berjaya jual nds aku tu..sbb x de sentimental value, x de la ak rasa nak simpan..ehehe..aku tau skrg ni aku kena byk baca benda ilmiah..tp nak buat mcm mana..buang masa mmg perkara yg menyeronokkan..salahkan setan..huhuhu..

Terima kasih x terhingga aku nk ucapkn buat kedua ibu bapaku sbb at least, aku tau 1 bnda yg aku seronok nak buat kt dunia ni, main game..ok la..dua benda..baca buku :) pendedahan dr ibu bapa sgt penting :)

Dah la..da pjg sgt da aku merapu ni..aku nak g kejut pelangi..ehehe..

Yang..bangun..i miss u so much.

Thursday, February 23, 2012

slay dan main.

oh..jgn salah fhm..aku suka main permainan..ntah mcm mana, mmg telah ditakdirkn, hidup aku sibuk kebelakangan ni..selalu aku sibuk buang masa..tiba, aku dah kesuntukan masa nak siapkan benda2 penting sblm masa tamat seperti perlu menduduki comprehensive exam, abeskan 3 game yg aku beli serentak serta baca dua buku wimpy kid..

aku x dpt jemput pelangi balik keje arini..selalu mmg aku kena berebut dgn ayah dia untuk jemput dia..maka, aku kena makan berdua dgn gp..mmg boring..hahaha..

aku ingat nak update pjg ni..tapi gp sibuk la nk tgk gambar kwn ak kt fb ni..tp x jmpe lak..and ktorg borak hal elaun yg sikit berbanding belanja perkara lain yg lbh besar..aku nak gak try aku run negara ni utk beberapa bulan..aku nk tgk berapa byk duit yg aku belanja..ehehe..

ok la..x jadi nak tulis lagi pjg..ehehe..

baby, miss u so much. love u.

Wednesday, January 25, 2012

slay dan gambar.

Pelangi n gp dah mcm prof dah..risau betul ak x transfer2 gambar dr camera ke laptop..eh..prof x risau hal mcm tu..silap..ehehe..mmg bertshun dah gmbr tu dlm camera..since thn lps lg..aku rs diorg rs, muka doorg beza kotthn ni dgn thn lps..tu yg sibuk sgt nk tgk..

Ak sebenarnya dah btekad nk bsemuka dgn prof hari ni..tp prof cuti lak..isnin dpn br naik..huhuhu..nasib la..hope semuanya bjalan lancar nnt..

Ak x sabar nk abeskn belajar ni..x larat dah..huuhuhu..kena tambah kerajinan nmpaknya..haish..ntah kenapa, berat ak je yg makin naik..malas ak, x pernah lak nk bkurang..apatah lg utk mharapkan rajin ak btambah..

Hurm..kalau ak tau prof ak bcuti mggu ni, agak pasti la skrg ni ak masih ad di johor..jmpe parent sekejap je aritu..huhuhu..x puas..

Ok, lps makan, mmg syok tdo..kalau korg nk badan mcm ak, selalu la amalkn tdo lps makan.



Yang, miss u. Jmpe ptg nnt:)

Friday, January 20, 2012

slay dan sayangnya.

Aku suka if pelangi around..walaupn aku akan tido malam awal jugak, tapi bila ak tsedar tgh malam, aku tau ad org sebelah aku..bila aku bangun pagi, ada org teman aku..aku suka bteman..

Pelangi susah tido malam n susah bangun pagi..aku pulak senang tido malam n senang bangun pagi..tdo x kira waktu pn sgt senang bagi aku..ehehehe..

Melihat wajah kesayangan tgh tido adalah menenangkn..walupn kemungkinan besar jika dia senyum dlm tdo, yang dia mimpikn bukanlah kita..ehehehe..

Pagi ni aku ad breakfast date ngn puan lab..tapi hari tiba2 hujan lak ni..eh..x boleh ckp mcm tu..bkn tiba2 ni..ini qada' dan qadar..dah ditetapkan pagi ni akan hujan..

Ok..sambung balik..skrg ni, aku kena parking kereta sport aku jauh dr block penginapan aku..gara2 aku x mampu untuk mdapatkan sticker parking..makanya, ak perlu membasahkan diri utk ke kereta sport aku if aku nak keluar jugak sewaktu hujan turun..ok..perasaan malas telah wujud semasa ini..

Eh..bkn ke payung dicipta utk menghadapi keadaan air turun dr langit begini..? Ye..aku ada payung..cuma, bila hujan, kita akan rasa seperti itu hari malas kita..sambil nyanyi lagu malas Bruno*Mars..aku rasa kalau aku nyanyi, aku patut ganti 'today' kepada 'everyday'..

Hurm..esok kalau seperti yg dijadualkan, ibu n ayah akan dtg sini tgk konsert kugiran pop yeh yeh..tp tiba2 mereka ada hal yg tidak dpt nk elak, ak wondering, macam mana aku nak abiskn 2 jam setengah dalam tu..mungkin aku akan keluar masuk, keluar masuk..or mungkin, aku x yah pn datang..huhuhu..ibu ngn ayah sbnarnya aku rasa diorg tpengaruh dgn aku sbb aku pergi konsert awie*ella aritu..ehehehe..

Sayangku, x yahla g keje..kita bcumbuan jom. Eh. Salah. Jom pergi kerja. Demi negara. Lalalala.

Aku rasa ramai tiba2 EL arini :P

Thursday, January 19, 2012

slay dan pelangi yang sweet.





Aku selalu tdo malam awal..walaupn pelangi ada teman aku, aku tetap akan tertido awal..so, ak salahkan jam biologi semula jadi aku..rupenya bila aku tdo, dia tinggalkn macam2 notes kt tab..tapi yang ini yang paling buat aku rasa touched by an angel so much pagi ni..

I love u so much.

Thursday, January 5, 2012

slay dan mari kutuk gp.

ok..ak kena cari journal ni..tp bila jmpe gp lps penat bkerja di MINT, ak rasa nak mengutuk gp..lama plak rasa x kutuk gp..asyik bg muka dia kutuk ak kt blog dia je..sabar, yang..lps i update blog ni, i g amek syg k :) miss u.

muka gp mmg ceria apabila hari tsebut dia jmpe dgn sorg rakan sekerja kt fak ni..walaupn, jbtn berlainan, tapi sbb jodoh, maka bilik dia dekat dgn bilik ktorg for mean time..bdk tu baru lps kahwin..mmg silap la dia g share perasaan nervous dia takut ada anak bila fly nnt kt gp..mg silaaaaaappppp..sbb jd pjg perbincangan hal tu bila ak dan gp btemu..

td, ak bukak fb..

aku: eh, ada bdk ni online la..

gp: pergi la tegur..

aku: nak cakap apa..?

gp: hai..awak comel la..

aku: giler!

gp: tu la confident..



aku rasa ak patut try cakap 'hai..awak comel la..' kt prof ak..rabu ni..utk nampak yg ak ni confident.

ok, sygku..i nak gerak amek u ni..mmmuuuaaahhh..

Wednesday, January 4, 2012

slay dan pelangi yang comel sangat.

sambil tersenyum, ak jln ke arah kereta ak bersama pelangi..

aku: yang..hensem kan kereta i..?

pelangi: a'ah..wait until we'll see the driver..

aku: (pagi2 dah buat darah aku menyirap :P)


semalam bila ak cerita kejadian awek yg puji sticker kereta tu, ada ke dia suruh ak tampal sticker kereta tu kt muka ak..mmg comel sgt kn perangai dia ni..


miss u baby..jom tgk Don 2 malam ni..

Tuesday, January 3, 2012

slay dan sticker.

tiba ak rasa nak menulis..menulis paper x siap2 lagi..haish..hurm..smlm adik lelaki ak hantar bekal kt ak..dia singgah before balik kampus dia..ibu bekalkan sambal udang (slurrrrrrppppp) dgn telur kicap..ak mmg suka mkn kicap..

kalau korg perasan, kat kereta skrg ni, ad org tampal sticker vinyl warna ceria..biasa org tampal kt side mirror kereta..smlm, ak soh adik ak pasangkn kt kereta ak..ak soh dia letak kt tempat bukak pintu tu, penutup minyak and kt belakang sikit..

so, skrg ni, ak rasa kereta ak hensem mcm ak..

nak dijadikan cerita, lps lunch td, ad sekawan awek lalu tepi kereta ak..gp da smpai kt kereta ak..ak plak tgh wash hand..tiba ak smpai kt kereta,


gp: ak rasa kereta ko lg senang dpt awek dr ko la..

aku: nape lak..?

gp: tadi awek2 tu, cuba ngurat kereta ko..

aku: eh..? mana awek2 tu..?? (gurau je sygku :P)


barangkali sticker tu lebih sesuai letak kt kereta gp..sbb dia yg single lg smpai skrg..ak dah jmpe pelangi ak :)