Aku saje nak bercerita kat sini. Sebab aku tau tak ada org lagi yg baca blog. Ni aku saje tulis macam diari. Untuk aku ingat dan kenang di masa hadapan (Harap aku tak lupa password mcm pelangi).
Alhamdulillah. Aku dah selamat lulus viva voce utk phd pada 30sept2016 lepas. Correction pun dah buat. Harap examiner puas hati. Sekarang ni aku tgh tak de keje nak dibuat. Tgh tggu examiner baca semula thesis aku. Harap2, aku berjaya la dapatkan senate approval by Jan 2017 or plg lewat pn in Feb.
Lama weyh aku buat phd ni. Macam2 aku lalu. Nak give up pun ada. Tapi bsyukur aku ada support dari org sekeliling. Terima kasih semua. Byk betul pengajaran hidup. Berat badan pun byk bertambah.
Alhamdulillah, hidup aku semakin beransur selesa. Bila kita ada rezeki lbh sikit, antara benda kita kena jaga, pada aku la, jgn lupa family, jgn bangga diri, kedekut dan riak. Rezeki ALLAH bagi. Bila2 dia boleh tarik balik. Kena syukur nikmat. Ini peringatan untuk diri aku.
Lepas ni, step seterusnya adalah bekerja. Aku dh 7 tahun bekerja. Tapi tu bkn kerja sebenar. 7tahun lepas, aku diambil bekerja utk sambung belajar. Ada la keje sampingan biasa. In sya ALLAH, tahun depan aku dah mula buat keje sebenar. Bercampur baur perasaan aku. Maklum la. Orang baru nak start hidup. Semoga urusan kita semua dipermudahkan.
Aku masih lagi dengan pelangi. Harap panjang lagi jodoh ktorg.
Ada masa, aku tulis lagi. Buat ingatan.
Wednesday, November 30, 2016
Friday, November 25, 2016
Slay dan keadaan semasa
Aku tengah sakit perut ni. Sementara nak tunggu subuh, aku dah buka mcm2 apps socmed dari pukul 3am. Sebab dah mati kutu, aku saje la nak kill time tulis balik kat sini. Sebab tau mana ada lg org baca dan tulis blog.
Aku sebenarnya hampir lupa dah aku ada blog. Orked yang ingatkan aku dalam mggu lepas. Tak perlu la aku ceritakan perbualan menyakat dia tu.
Lama tak tulis. Macam2 yang jadi dalam 2 tahun ni. Sampai la pelangi dah pun bertukar semula ke putrajaya. Dah setahun pun dia di sini semula. Maka, dah setahun jugak la berat aku semakin meningkat.
Macam biasa, aku mesti la tgh rindu pelangi. Tu salah satu sbb aku rajin nak update. Baru sehari tak jumpa. Mungkin lagi 2 hari baru dapat bersua.
Umur aku dah 30 tahun ni. Aku bersyukur setiap apa yg dah berlaku. Aku harap aku lebih matang lepas ni. Seiring dengan umur sekurang2nya. Tapi perangai rempit dalam diri ni kadang2 sukar utk dibuang.
Cukuplah. Nanti aku sambung lagi kalau rajin.
Subscribe to:
Posts (Atom)