Pelangi dah tidur dari pukul 9 lbh tadi. Situasi ni jarang berlaku. Selalunya aku yang tidur awal atau tertidur awal. Barangkali kesan daripada pengambilan ubat yang mana aku tak tau dia ambil ke tak yang buatkan dia tidur awal malam ni meninggalkan aku terkebil-kebil.
Tadi terserempak dengan student lepas aku makan. 20minit aku queue untuk mendapatkan satu hidangan kfc. Alhamdulillah, masih rezeki aku untuk makan malam ni. Hampi-hampir aku meninggalkan barisan tadi. Okay, berbalik aku terserempak dengan student. Aku tak perasan. Diorang yang panggil. Rupanya sekumpulan motor yang aku elak tu, student aku. So, bila orang dah sapa, aku cuba la panjangkan perbualan. Tak panjang mana pun.
Student: Dr. Slay! (bukan nama sebenar)
Aku: Eh, kamu. (aku mmg ada masalah ingat nama orang). Nak pergi mana ni ramai-ramai?
Student: Lepak la Dr. Malam minggu ni. Dr. sorang je?
Aku: Okay. Jangan lupa diri. (Malas jawab soalan mengenai bilangan orang sambil beredar)
Kira supportive tak mcm tu? Apa yg aku cuba nak sampaikan ialah betapa aku dah lupa pasal aktiviti malam minggu yang sebenar. 2-3 tahun ni, jumaat malam aku terisi dengan futsal. Tapi minggu ni tak de. Tu yg aku pergi makan kfc. Tau tak de kaitan.
Tak tau la nak cakap aku rindu ke tak aktiviti melepak bual kosong samapi 2-3 pagi. Sekarang kalau ada masa terluang, mesti fikir nak rehat. Rindu jugak nak lepak dgn kawan-kawan. Tapi tak la sampai 2-3 pagi. Jadual masing-masing dah lain. Susah nak cari masa yg tepat dan sesuai.
*lunch break tadi pelangi komplen aku byk keje, krg masa utk dia (read: krg masa leh mengular). Aku ckp, aku bkn vivi usop. Ada company sendiri. Aku kena la keje. (Aku tau vivi pun keje). Dia cakap, okay. Tapi suruh aku belikan j'adore perfume and made me promise jugak yang tu bukannya hadiah birthday. Ntah bila dia jadi materialistic mcm ni, aku pun tak tau. Tapi aku tak risau, sebab ingatan dia bukannya boleh tahan lama. Esok-esok dia lupa la tu.