Okay. Hari ni, perbincangan atau lebih tepat luahan di sini akan berkisarkan whatsapp. Kalau masa sekolah dulu dia akan berbunyi lebih kurang mcm ni "Aplikasi whatsapp memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan pengguna yang lain. Bincangkan kebaikan dan keburukkan aplikasi tersebut. (50 markah)"
Hari ni jugak aku bagi chance kat kerani jabatan aku. Hari ni first time dia message aku kat whatsapp lps waktu keje (lbh kurang 8.30 malam). Dia message dan aku jawab apa yg dia nak tu. Bukan urgent mana yg kalau dia x dapat maklumat tu, or x dapat nak suruh aku siapkan, dia kena bayar denda ikut duration. Mcm lewat pulang buku, kena bayar RM0.20 sehari.
Tapi sebab ni pertama kali, aku layankan permintaan whatsapp dia. Ketua jabatan aku pun suka buat perangai macam ni dulu. Masuk 3 kali, aku dah tak layan dah. Aku faham, kadang2 kita teringat keje tu, and terus whatsapp org tu. Tapi kita x leh la nk expect org jawab lps waktu keje. Lain la mmg melibatkan kehilangan nyawa atau harta benda. Kalau mcm tu, call je la kan.
Kesimpulannya, aku berharap, aku tak ganggu org dgn keje di luar waktu keje. Atau lebih elok, aku doa, aku harap, aku tak buat org terganggu dgn kehadiran aku dalam hidup diorang. Better.
*tak sabar nak ber 'weekend gateway' dgn pelangi hujung minggu ni.