Esok 7 syawal, aku dah naik kerja. Habis dah 12 hari aku bercuti bersenang lenang kat rumah. Mungkin esok teruk aku punya mood ke laut untuk start bekerja. Tapi kena paksakan juga sebab isnin depan ada conference. Organizer adalah jabatan aku, aku pulak sekretariat. Nak ditambahkan sibuk, aku present poster. Poster dah siap before aku cuti raya. Cuma belum pergi print. Esok kena print.
Aku bukan nak cerita tu. Aku nak cerita pasal pelangi. Dia punya la jual mahal tak nak jumpa aku hari ni. Dia ni pelik sikit. Dia mcm mengaruk dalam diam. Protes dalam senyap. Kena pujuk pun cara senyap dan diam. Aku tak tau nk gambarkan or ceritakan macam mana pe’el dia tu. Manja pelik. Tapi comel. Tapi kadang-kadang boleh buat pening kepala and naik darah jugak.
Pelangi kerja hari ni. Aku terus balik rumah. So, jumpa kat rumah terus. Lepas 11 hari tak jumpa, nampak aku tadi, salam pun dia tak nak. Terus masuk rumah. Aku ajak dia teman aku makan bekal. Dia minta aku suap. Tapi ni dia masih jual mahal lg. Aku pun tenang je. Habis makan, aku bual-bual, tanya-tanya apa yang patut, baru dia nak duduk sebelah aku.
Dia ni macam kau rasuah budak kecik 4 tahun. Kau nak budak tu duduk sebelah, bual-bual dgn dia. Tapi dia jual mahal. Bila kau rasuah dengan ais krim, dia boleh jadi mesra. Dia lebih kurang macam tu la. Tapi tu 4 tahun. Yang ni, hurmmmmmm.
Aku kena tidur dah. Aku tak tau dia baca ke tak. Tapi kalau nanti aku kena cubit, aku tau la dia baca post ni.