Saturday, May 20, 2017

Slay dan kerja Sabtu

Aku kerja hari ni. Pelangi pulak ada group discussion untuk assignment dia. So, masa break tgh hari, dia dtg fakulti dan ktorg pun lunch bersama seperti hari-hari kerja yg lain.


Pelangi: Sweet tak i harini?

Aku: U rasa u sweet sbb amek I pergi lunch sama ke hari ni?

Pelangi: A'ah. Cakap je la ye, sweet.

Aku: Hari-hari yg lain, I yg pergi amek u lunch. U x pernah pun cakap i sweet.

Pelangi: *buat muka malas layan*



Budak pelangi ni mmg pelik. 

Friday, May 5, 2017

Slay dan malam minggu

Pelangi dah tidur dari pukul 9 lbh tadi. Situasi ni jarang berlaku. Selalunya aku yang tidur awal atau tertidur awal. Barangkali kesan daripada pengambilan ubat yang mana aku tak tau dia ambil ke tak yang buatkan dia tidur awal malam ni meninggalkan aku terkebil-kebil.


Tadi terserempak dengan student lepas aku makan. 20minit aku queue untuk mendapatkan satu hidangan kfc. Alhamdulillah, masih rezeki aku untuk makan malam ni. Hampi-hampir aku meninggalkan barisan tadi. Okay, berbalik aku terserempak dengan student. Aku tak perasan. Diorang yang panggil. Rupanya sekumpulan motor yang aku elak tu, student aku. So, bila orang dah sapa, aku cuba la panjangkan perbualan. Tak panjang mana pun.


Student: Dr. Slay! (bukan nama sebenar)

Aku: Eh, kamu. (aku mmg ada masalah ingat nama orang). Nak pergi mana ni ramai-ramai?

Student: Lepak la Dr. Malam minggu ni. Dr. sorang je?

Aku: Okay. Jangan lupa diri. (Malas jawab soalan mengenai bilangan orang sambil beredar)


Kira supportive tak mcm tu? Apa yg aku cuba nak sampaikan ialah betapa aku dah lupa pasal aktiviti malam minggu yang sebenar. 2-3 tahun ni, jumaat malam aku terisi dengan futsal. Tapi minggu ni tak de. Tu yg aku pergi makan kfc. Tau tak de kaitan.


Tak tau la nak cakap aku rindu ke tak aktiviti melepak bual kosong samapi 2-3 pagi. Sekarang kalau ada masa terluang, mesti fikir nak rehat. Rindu jugak nak lepak dgn kawan-kawan. Tapi tak la sampai 2-3 pagi. Jadual masing-masing dah lain. Susah nak cari masa yg tepat dan sesuai. 



*lunch break tadi pelangi komplen aku byk keje, krg masa utk dia (read: krg masa leh mengular). Aku ckp, aku bkn vivi usop. Ada company sendiri. Aku kena la keje. (Aku tau vivi pun keje). Dia cakap, okay. Tapi suruh aku belikan j'adore perfume and made me promise jugak yang tu bukannya hadiah birthday. Ntah bila dia jadi materialistic mcm ni, aku pun tak tau. Tapi aku tak risau, sebab ingatan dia bukannya boleh tahan lama. Esok-esok dia lupa la tu.


Monday, May 1, 2017

Slay dan cuti Isnin

Memang seronok hidup ni kalau kene keje 4 hari je seminggu. Harap-harap Isnin minggu depan, aku akan ingat untuk pergi kerja. Benda-benda macam ni aku kena selalu ingatkan diri aku.


Weekend ni kenyang makan nasi kenduri 2 hari berturut-turut. Satu kenduri bertunang, 1 kenduri kahwin. Kita sedia maklum yg makanan kenduri ni selalunya mmg buffet. Gembira tak terkata perut aku.


Minggu lepas hidup aku kurang menarik sbb pelangi tak de untuk hiburkan hati aku. Aku doa kesihatan dia semakin pulih. So, ada la org teman aku makan dan aku kembali seronok dapat makan 2 portion. Sebabnya, pelangi selalu tak habis makan. Aku kan hero dia. Aku mestilah tunjuk aku power. Aku mampu habiskan makanan dia. Itu je super power aku.


Minggu ni aku macam busy sikit. Tapi tak sabar nak jjcm sebelum puasa ni dgn pelangi.

Tuesday, April 25, 2017

Pelangi dan sakit gigi

Lain macam sikit tajuk hari ni. Sebab mmg lain mcm sakit yg pelangi tgh hadap. Senyap sepi betul.


Citer dia macam ni. Pagi tadi, aku hantar pelangi pergi operate gigi. Mggu lps, aku teman dia tampal gigi. Aku jarang tgk pelangi ni takut. Tapi dia takut betul jumpa dentist. Nak dijadikan cerita, sepi betul dunia aku. Mmg tak kedengaran lgsg suara dia hari ni. Pelik rasa. Tak de suara merdu marah2 mcm hari2 lain.


Tapi yg tak boleh blah, dia masih menghiburkan aku dgn text message:

"I rasa i dah boleh beranak la.. sbb org cakap sakit gigi is sakit kedua paling sakit lepasa sakit bersalin"


Jangan la dia kena sakit gigi dan sakit bersalin serentak. Amin.


Miss u, baby. 

Stay dgn i, i jamin u tak perlu lalu sakit bersalin.


Monday, April 24, 2017

Slay dan dibuli (part 2)

Okay sambungan. Rasa mcm bersalah pulak dengan entry tadi. Mungkin benda2 yg aku cerita td menyumbang kepada rezeki aku hari ni. Mana la aku nk tau kan. Cuma biasa la manusia. Letih gak la kalau kita je yg kena. Org lain yg sama, x kena pn. Macam bdk2 aku fikir macam tu. Tp sbb tadi aku dh tolak task untuk beli air mineral 12 botol; maka lain kali je la aku cuba buat baik sehabis baik (tapi aku terima task beli nasi lemak 12 bungkus). Kalau aku beli air 500ml X 12 botol; dah 6kg tu aku nak jinjing sorang. Belum campur nasi lemak lagi. Esok meeting pagi. Kalau pukul 2, okay lagi. Mana esok aku nk bergaduh dgn mata aku nak kena bangun pergi kerja lg, decide nak pakai baju, seluar, kasut lg.. takut x sempat je. Siapa suruh message suruh pergi beli sararapan+air mineral pukul 7pm. Dah la aku keluar bawak motor. Macam mana nak beli malam ni. Esok memang kelam-kabut la nak beli sekali dgn sarapan. Kalau kedai yg sama jual, x pe. Nasib la boss. Suruh la org lain pulak. 


Harap tak kena tolak markah SKT. Semoga murah rezeki kita semua.

Slay dan dibuli

Sebenarnya aku ni nampak je macam gagah. Tapi hakikatnya, aku selalu dibuli. Kadang2 aku rasa org tersalah anggap perangai tak kisah aku tu sampai diorg rasa diorg boleh suruh aku macam2. Kalau hal berkaitan kerja okay lagi la. Ni hal2 sampingan. 


Ada jadi sekali tu, pukul 9, kerani tanya aku kat mana. Walhal jadual waktu kerja aku flexible. Aku ingat ada meeting urgent ke apa ke. Aku cakap aku dah kat office. Padahal aku masih kat rumah. Dia ckp, "okay la kalau mcm tu. Ingat nak mintak tolong beli sarapan. Dah kat opis, x pe la". Sarapan untuk dia okay. Aku pun tak sarap lagi. 


Ni pulak td org aku tanya aku pergi tak meeting esok. Sbb dia nk mntak tlg beli sarapan dan air mineral. Untuk 12 org. Aku bkn PAR. Lain la kalau x de PAR. Aku bukanlah berkira nak tolong. Tapi kadang2 naik lemak jugak bila aku tak reti say no ni. Benda yg kerja hakiki aku, aku x de masalah. Or at least yg menyumbang kpd kerja hakiki. Ke aku yg tak tau yg kerja aku termasuk sediakan makanan utk meeting.


Dengan colleague pun ada jugak aku kena buli. Tapi yg ni, dgn yg perasan senior la. Senior umur ada la. Perasan. Padahal sama je level. Kau 51, aku 51. Apa masalah ntah.


Kang aku buat ada gap dgn org kang, org ckp sombong pulak skrg. Dah berubah la apa la. Frust betul. Org tak nampak talent aku, tapi org just nampak aku ni boleh disuruh2. Disuruh2 benda yg ada org lain yg patut buat kerja tu. Sbb tu bkn kerja aku. Aku disuruh sbb org yg patut buat malas or sbb diorg lg senang suruh aku. Kang aku buat betul2 perangai korang-patut-hormat-aku-korang-tu-siapa, baru padan muka.


Aku sebenarnya x suka budaya orang atasan-org bawahan. Tapi aku rasa, benda tu semua ada sbb benda2 mcm aku lalui ni jadi. Aku tak cakap aku baik, selalu buat baik kat org. Tak. Aku rasa aku lah org plg minimal dlm kebaikkan. Tapi kalau aku rasa smpai aku dianiaya, aku rasa cukup la. 


Tak kira org atas or org bawah, mmg amek kesempatan kat aku. Aku tak boleh buat org berhenti gunakan aku. Yang aku boleh buat, stand for myself. Kalau aku rasa benda tu patut and sesuai untuk aku, aku buat. Kalau tak, aku kena mintak tolong pelangi selesaikan. Hahahaha. Sbb hati aku x keras macam Roy.

Sunday, April 23, 2017

Slay dan kelabu

Post kali ni berbeza sikit. Tak berkisar pasal aku or pelangi. Kadang-kadang bila free, otak aku selalu memandai2 nak fikir macam-macam. Ada satu hari tu, otak aku ajak aku fikir "memang semua benda tu mmg cuma ada dua jawapan dan berpasang ke". Contoh macam salah dan betul; hitam dan putih; cantik dan buruk etc. Benda-benda mcm tu la. Hanya 1 je ke yang betul. Hanya yg extreme ke yg betul? Benda yg tengah-tengah ni tak betul? Atau dia mmg lebih berat kepada tak betul?


Contoh la kan. Rancangan pertandingan nyanyian. Bila dia buat rancangan pertandingan nyanyian yg mmg jelas lagha, bising cakap orang kita ni bila la nk maju. Asyik disogok rancangan macam ni. Aku pun antara yg cakap mcm tu la. Bila dia buat ada sedikit saduran dakwah ie. genre nasyid; org bising jugak. Cakap gunakan agama untuk halalkan benda. Lbh krg mcm tu la. Tp la kan, mana la kita nak tau, dah mmg org tu suka menyanyi, dia tgk je semua rancangan nyanyi, tiba dia tertengok rancangan saduran yg pada aku berada dlm daerah yg kelabu, boleh buat dia slowly layan lirik2 lagu tu, bukan ke lbh baik.


Ataupn, mmg seseorg tu berada di daerah kelabu, so dia selesa utk x berasa dia mana-mana warna extreme lain, mungkin kesederhanaan adalah terbaik untuk dia. Mungkin. Aku pun tak tau. Aku bukan menegakkan yang salah. Tak cakap pun siapa betul siapa salah. Tapi yang pasti, kita tak selalu betul.


Okay. Habis dah hormon serious. If there is any.