Weekend lepas, aku ke Perth dgn Pelangi. Berdua je. Ini pertama kali aku ke oversea berdua dgn Pelangi. So, berdebar jugak la. Sebab bcuti/berjalan dalam negara yg senang serba serbi pun selalunya jadi adventurous bila berdua dgn Pelangi. Aku cuba tulis details perjalanan sekali apa yg aku ingat, untuk kemudahan masa hadapan. Pelangi yg buat tentatif. So dia claim, dia yg bawak aku jalan kali ni.
Ktorg pergi 4 hari je. Flight tgh malam jumaat. Sampai dekat 6am. Sebab tak de beza time zone, hidup jadi mudah. Dari T1 tu, amek bus 380. Ktorg stay kat Pensione Hotel kat Pier St. So, tambang dlm AUD4.60. Bas tu tak lalu betul2 depan hotel ktorg. Tapi boleh je berhenti kat council house kat St George Terrace. Masa sampai, ktorg main redah je. Tak berhenti pn kat stop tu. Maka, merasalah jalan kaki bawak beg dlm 3km. Well, baru la susah senang bersama.
Sbb sampai awal lg, dalam pukul 9am, ktorg just tggalkn beg kat hotel dan bayar deposit. Seterusnya, ktorg follow tentatif yg Pelangi dah sediakan. Dari hotel tu, dlm 5min je ke Perth station. Yang seronok jalan weekend ialah, boleh beli tiket family rider. Harga AUD12.40 sehari, valid utk 7orang, bus dan train, pergi balik, ke mana2. So mmg jimat sgt. Untuk ke Caversham Wildlife Park, amek train laluan midland. Berhenti di Bassendean. Turun, amek bas no 955 laluan ke Ellenbrook. Nanti nampak je signboard Whiteman Park. Park ni besar. Macam2 boleh buat. Kat situ la terletaknya Caversham Wildlife Park ni. Untuk balik, ulang balik perkara yg dah buat tadi.
Weyh. Penat pulak tulis balik tentatif ni. Untuk hari lain, aku ringkaskan je la.
Hari kedua, ktorg ke Freemantle. Cari Kailis sbb nk makan fish n chip yang org dok sebut2. Dan yg penting, cari souvenir murah. Yang ni senang. Amek je train dr Perth station. Laluan Freemantle. Berhenti di station akhir tu. Nak balik, ulang langkah yg lbh krg sama.
Hari ke 3, ktorg ke Kings Park. Bapak aa besar. Penat jalan. Ni aku lupa no bas. Sebab pergi n balik ktorg naik bas no lain. Balik tu, pergi watertown premium outlet. Best lagi outlet kat Malaysia sbb duit kita tgh tak best. Kalau RM1=AUD1, mgkin mmg best. Nak ke watertown ni, leh je naik yellow CAT dr seberang Perth station. Bus CAT ni mmg free. Balik pn sama. Tp we learned it hardway. Ktorg jalan kaki celah2 bangunan. Tp sbb byk berjalan, dpt la aku minum kopi, apple juice etc tanpa rasa bsalah sgt.
Hari ke 4, balik. Tapi pagi tu, sempat gak la tunggu kedai bukak, tambah beli barang2 sikit lagi. Benda yg paling penting, beli je luggage siap2 walau mmg niat tak nk shopping. Sebab, barang2 souvenir kiriman family mmg akan jadi banyak.
Ini kali kedua aku travel ke oversea guna duit sendiri. Aku pernah ke Vienna, Austria selama 6mggu. Ada training course, so ditaja. Dapat la aku tengok ke negara2 sekitar tu sekali. Dapat la jejak kaki ke Bratislava, Prague, Budapest, Amsterdam, Frankfurt. Pergi conference ke Bangkok pun dapat claim balik. 1st aku guna duit sendiri ke Krabi. Pergi Krabi tahun lepas, aku dpt tiket rm80 return. Habis dlm rm500 je termasuk belanja aktiviti, souvenir dan tmpat tinggal selama 4 ke 5 hari. Mmg menarik. Masa ni aku pergi, aku baru je siapkan 1st draft aku dan bg committee check.
Kali ni pun menarik, sebab pertama kali ke luar negara berdua dgn Pelangi. Lepas settle PhD, aku ada ke Melaka, tidur kat The Pines dgn Pelangi dan ke KK dgn family aku. Tapi g Perth ni special sikit sebab, pergi lepas aku dah dapat interview. So, tggu surat2 rasmi sebelum secara rasmi bertugas dgn gred baru. Rasa lapang otak. Macam reset minda gak la. Sebab sebelum tu, aku terlibat dgn Hari Terbuka fakulti. Agak stress. Tapi stress benda2 ni x sama dgn rasa bebanan stress thesis x submit2 lagi. At least, for me la.
Okay la. Panjang pulak.
Alhamdulillah.