Thursday, March 9, 2017
Slay dan penat
Aku x tau sampai bila aku boleh kekalkan post dengan tajuk 3 perkataan. Mungkin dah ada word yg berulang.
Aku dah penat sgt utk habiskan minggu ni. Otak tak berhenti fikir. Masa tidur je la aku berhenti. Tak sabar nak bhujung minggu. Nak rehat.
Sebenarnya, penat sebab berfikir ni, mmg boleh buat badan letih. Kadang2 fikir je lebih, tapi tak take any action pun. Tak selesai or siap jugak keje. Badan je yg jadi penat. Macam keje sia-sia jugak la jadinya.
Nak buat mcm mana. Tak de suis yg boleh ditutup. Terpaksa la main fb ke twitter ke ig ke utk distract otak. Tipu otak tu. Soh dia buat benda lain.
Aku tengah tggu pelangi abes class ni. Ni baru minggy ke 4. Lagi 10 minggu la utk habiskan sem ni.
Sekian.
Sunday, March 5, 2017
Slay dan sapu tangan
Dulu kala, aku ada habit bawak sapu tangan. Dari zaman sekolah rendah. Yang aku ingat, zaman degree, aku masih bawak handkerchief. Tak perasan bila aku drop that habit. Mgkin dlm 7 tahun ni.
Aku mmg letak kat pocket seluar belakang. Sebelah kiri. Sebelah kanan aku letak wallet. Kunci kat pocket depan kanan, hp pocket kiri.
Aku randomly teringat pasal ni. Rasa macam nk buat mcm tu semula. Tak yah la keje mintak tisu kat pelangi. Kadang2 pelangi siapkan sepaket tisu untuk aku. Tapi selalunya, aku x tau ke mana pergi tisu tu.
Pelangi bercuti ke Bali. Hari ni aku tak dapat reach dia lagi.
Rindu.
Wednesday, March 1, 2017
Slay dan sentiasa malas
Aku patut dah start mengajar semester ni walau belum dapat lantikan rasmi. Tapi rezeki, ada org lain x cukup credit. So, kelas aku bagi kat dia. Aku just kena share ajar 3 mggu je punya kuliah. Tapi amali sepanjang sem la. Okay la ada keje sikit.
Tapi yang aku kurang berkenan, aku selalu kena buat keje arahan semasa. Yang nak cepat. Contoh terbaru, jumaat ni kena bg lecture. Yang slide dia aku kena buat. Hari ni dah rabu. Lepastu, meeting suka2 main ubah2 tarikh. Dah la kena bg progress masa meeting. Byk pihak aku nk kena deal. Kadang2 aku cari tak dapat jumpa. So takes time. Aku ada masalah kalau mcm tu. Rasa jiwa berkecamuk kalau tak ikut aturan awal yang aku dah set kat otak aku. Kalau x set lagi, x pe.
Okay la. Kalau aku nk bebel, mmg panjang lagi. Tapi sebab dah tak cukup masa, aku kena paksa diri. Biasa bila keja dah pile up, malas aku pn pile up sama. Tak tau yang mana 1 dulu. Keje jadi pile up sbb malas pile up ke atau malas jadi pile up sbb keje pile up.
Sekian.
Monday, January 23, 2017
Slay dan budak sayang
Hi budak syg,
I just nak cakap yang I syg u sgt. Terima kasih sebab syg I dan terima I.
Love;
Yours.
Saturday, January 21, 2017
Slay dan sabtu
Sabtu lepas aku pergi Melaka dgn budak syg. Seronok mandi kolam. Sabtu ni aku kat rumah je. Lunch pun belum ni. Pagi tadi bangun lambat. Kalau aku pergi main futsal jumaat malam, mesti lepas pukul 2am baru aku boleh tidur.
Dah tidur lambat, kena la terbangun lambat. Tadi kemas rumah. Ni nak kemas bilik lak. Tapi macam dah lapar. Tadi teringin makan nasi kukus tempat aku biasa makan. Tapi ni kalau dah jejak pukul 2pm, selalu mmg dah habis. Dah kena fikir menu lain.
Semalam aku hantar thesis utk print hard bound. Selasa baru boleh amek. Harap tak de apa masalah sebab Rabu dia nak tutup. Sakan gak dia raya. Ingat Jumaat baru nak tutup. Harap2 mggu depan dapat lah sign dr committee.
Lapar betul ni. Nak masak, megi pun tak de ni. Baik aku cpt siapkan kemas, mandi, cari makan. Ensem aku ni, mmg cukup cari makan. Tapi x kenyang la. Kena cari nasi.
Miss u.
Thursday, January 12, 2017
Slay dan cuba jadi dewasa
Aku masih di office. Minggu ni bermula dengan 2 meeting berturut hari. Isnin dan Selasa. Disebabkan itu, aku balik lewat Rabu dan Khamis. Esok masih ada kerja lain menunggu.
Senang cerita, jawatan semasa aku di jabatan sekarang adalah pelbagai. Aku lah S/U, aku lah field staff, aku lah lab staff, aku jugak academic staff. Memang pelbagai minggu ni. Biasanya, bila cuti semester start, itu menandakan waktu santai bermula. Tapi jadi terbalik pulak.
Aku bukan lah komplen tak bersyukur. Aku bersyukur. Sebab aku dah lalu kehidupan tanpa ada kerja nak buat. 1 jenis azab jugak nak habiskan hari. Aku cuba lah ikhlaskan kerja aku buat ni. Sebenarnya ramai je lagi org kat sini, dan aku bukan tunjuk rajin or tunjuk pandai or worst; kipas bos, tapi semua pandai cari alasan busy dan aku x reti menolak sebab aku diberi gaji. Bukan percuma pun aku buat semua tu.
*kadang2 rasa penat jugak. Dah la mmg kena double standard. Aku graduan local, dipandang sepi, yang belajar oversea, dipandang tinggi. Tapi apa2 hal, cari aku jugak. Yang lain, busy. Tak boleh disentuh apatah dijentik. Masa aku belajar dulu, minggu depan nak viva pun, masih diasak buat keje. Hari lain, apatah lagi.
Wednesday, January 11, 2017
Slay dan whatsapp
Okay. Hari ni, perbincangan atau lebih tepat luahan di sini akan berkisarkan whatsapp. Kalau masa sekolah dulu dia akan berbunyi lebih kurang mcm ni "Aplikasi whatsapp memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan pengguna yang lain. Bincangkan kebaikan dan keburukkan aplikasi tersebut. (50 markah)"
Hari ni jugak aku bagi chance kat kerani jabatan aku. Hari ni first time dia message aku kat whatsapp lps waktu keje (lbh kurang 8.30 malam). Dia message dan aku jawab apa yg dia nak tu. Bukan urgent mana yg kalau dia x dapat maklumat tu, or x dapat nak suruh aku siapkan, dia kena bayar denda ikut duration. Mcm lewat pulang buku, kena bayar RM0.20 sehari.
Tapi sebab ni pertama kali, aku layankan permintaan whatsapp dia. Ketua jabatan aku pun suka buat perangai macam ni dulu. Masuk 3 kali, aku dah tak layan dah. Aku faham, kadang2 kita teringat keje tu, and terus whatsapp org tu. Tapi kita x leh la nk expect org jawab lps waktu keje. Lain la mmg melibatkan kehilangan nyawa atau harta benda. Kalau mcm tu, call je la kan.
Kesimpulannya, aku berharap, aku tak ganggu org dgn keje di luar waktu keje. Atau lebih elok, aku doa, aku harap, aku tak buat org terganggu dgn kehadiran aku dalam hidup diorang. Better.
*tak sabar nak ber 'weekend gateway' dgn pelangi hujung minggu ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)