Tuesday, August 26, 2014

Slay dan kawan karaoke

Aku rasa aku ni clingy betul sebenarnya.  Aku tengah karaoke dgn kawan2 lab ni. Tapi rasa rindu yang amat kat pelangi.

Sebenarnya pergi makan je tadi ramai2. Sekali ada yg nak karaoke. Sebab pergi makan 1 kereta, aku ikut je la sekali. Tak kan nak mintak hantar aku balik dulu.

Aku pernah dengar 'the more, the merrier'. Tapi macam tak tertakluk kat aku benda tu. Sbb aku rasa life aku more merrier and richer bila pelangi around. Specificly, bila berdua dgn pelangi. Rasa life tu dah cukup penuh. Yela. Mana tak penuh. Kejap gaduh. Kejap gaduh. Kejap gaduh. Eh.

Aku dgn pelangi mmg jauh la nk ber sweet2 ni. Tapi aku rasa dia cukup sempurna untuk hidup aku sempurna.

Perasaan rindu ni mmg mampu buat aku tulis benda bukan2 yg aku tak biasa cakap dgn pelangi bila dia around.

Sunday, August 24, 2014

Slay dan entry blog

Rasa macam seronok pulak buat luahan kat sini. Aku ni biasanya bermusim suka buat sesuatu tu. Ada masa aku nak membaca. Boring membaca, aku nak main game. Boring main game, aku rasa nak tengok movie je. Boring tengok movie, aku rasa nak tidur je. Tak tetap hobi aku. Macam sekarang ni. Tiba aku rasa nak share cerita.

Tapi aku tak boring dating dgn pelangi. Walaupun memang pasti akan bergaduh. Tapi tak de la sampai ada siapa2 yg tercedera dalam pergaduhan tu.

Yang ktorang perasan, ktorang selalu bergaduh depan cashier. Ada je benda yg akan jadi perbalahan bila sampai je kat depan cashier. Mungkin ada terkena sumpahan kt mana2 kot. Tu jadi macam tu.

*hope dapat jumpa pelangi hujung minggu ni

Slay dan percintaan jarak jauh

Dah official aku dgn pelangi sedang melalui fasa PJJ skrg. P utk percintaan. Bukan pengajian. Pengajian aku harapnya tak jauh lagi la untuk dihabiskan.

Baru lebih kurang 2minggu. Tapi sebab dah biasa berteman, agak terjejas jugak la emosi aku seminggu dua ni.

Sayu dan sedih bila pergi tempat2 yang selalu pergi bersama, seorang diri.

Aku harap pelangi tabah menghadapi suasana tempat kerja baru dia. Aku akan cuba sehabis baik la untuk dia tak rasa dia keseorangan.

*Love u, baby. I tak tau u baca ke tak blog ni lagi. I just rasa nak tulis something.

Tuesday, November 5, 2013

slay dan hampir setahun tidak berblog.

hi, syg. i saja je tulis post ni sebab u bgtau i yg u baca blog i td. lama x kutuk u dlm blog ni kan. orang dah tak baca blog skrg ni. orang baca buku ilmiah je. tak main dah baca benda2 tak faedah cmni. u je yg nak baca balik blog i ni. hehehe.



hurm. sebenarnya kadang2 rindu gak nak berblog. nak kata rindu writing, x jugak. sbb kalau diikutkan byk benda da aku kena dah siap writing by now. aku sebenarnya masa sekolah ada cita2 nak tulis novel. tapi berdasarkan gaya bahasa aku dan limitation aku dlm imagination, aku rasa niat aku nk tulis novel tu aku harus lupakan je. unless aku nk cerita kisah benar hidup aku la dalam novel tu.

berbual sorang2 dgn computer macam i sbnrnye boleh hilangkan stress jugak. kalau aku membebel dgn pelangi, dia asyik soh aku diam. dia ckp aku bising. aku bkn bebel apa pun dgn dia. bebel psl dia jugak. mcm2 nak kena diingatkan dia tu.

ok, la. aku nak kena sambung buat kerja ni.





kalau syg baca blog i lg, baru i tulis post lain lg k :) love u.

Tuesday, December 4, 2012

slay dan extension.

aku tension dgn extension ni. mmg rhyme kan. aku baru je nk g hantar permohonan extension cuti belajar aku ke pendaftar. hopefully, everything goes well..Amin.

aku x jmpe pelangi masuk 3 hari dah. dia outstation lagi and dia x nak bwk aku. dia soh aku buat keje kt sini sementara dia x de ni. aku buat la jugak. ikut mana larat. aku ckp ngn pelangi, aku boleh je nk teman dia kali ni. sbb kerja dia kat sana sehari je pn.

tapi dia jual mahal and nak pergi sendiri. tapi kelakar. dia text aku ckp dia tunggang langgang aku x de. tu la. orang nak ikut x bagi. lain kali biar i je jaga u. ada ke nak beli jeruk kt chowrasta, tapi ckp kt pak cik cab nak pergi komtar. comel.

kawan aku ada course kat sini 3 hari. aku baik dgn dia ni. antara 5orang kawan yg aku kamcing masa degree dulu. sama2 pergi kelas lambat, sengkang mata siapkn assignment, tolong signkn attendance dan mcm2 lagi perkara normal hidup sebagai student.

dia stay kt area sini and aku amek dia g dinner. dinner kul 8. kul 11 baru balik. dua hari dah bsembang mcm tu. x abes2 lagi cerita. conclusion dari perbualan ktorg selalunya ialah susah betul kehidupan bkerja. dia straight. so x leh la aku share hal rindu pelangi dgn dia.

tadi pulak, aku melepak dgn bdk2 laki course aku dulu. ada yg ada keje kejap kt area sini. so singgah jmpe. saja bual2 minum sambil tambah gula dan dosa. aku tau aku gemuk n selekeh. tapi diorg x perlu la sapa aku dgn 'weyh. gemuk betul ko skrg. apa da jadi'. 'apehal smart sgt arini. poyo la' sambil hulur rokok.

diorg ni kawan2 aku yang mmg aku melepak sampai malam kt kedai smbil tgk bola, ngeteh n merokok kt kedai. zaman2 degree dulu n close betul bila sama2 practical kat area sini. skrg ni masing2 further study. so, selalunye skrg share masalah study lagi la. and sorg ni mmg aku selalu rujuk hal statistik.

aku dulu (skrg pun) selekeh je. aku suak pakai jeans n selipar jepun je g class..time ada lab baru pakai kasut. skrg ni ok la kau pakai kasut sbb hari2 g lab. tapi lau sabtu ahad g lab, aku bantai pakai selipar gak. selesa.

hari ni aku pakai slack n shirt. serta vest. so mmg la diorg ckp aku poyo. aku bknapa, vest tu sbb nk sembunyikan perut aku. tu diorg x paham. abes aku kena bahan tadi.

aku rindu kawan2 masa belajar dulu. belajar n g class ramai2. skrg ni kena hadap urusan belajar sorg. buat report, analisis n mcm2 lagi sorg. yela. kt thesis x boleh nak tulis dua nama pun kan. tapi kawan2 skrg pun mmg bagi moral support. lama x lepak n jmpe korg. kan? gp lbh sikit la kena tolong aku. sbb dia mmg dah lalu yg aku lalu.

ok la. nak gerak pergi selesaikan urusan yg patutnye aku dah selesaikan 3 bulan lps.


baby, cepat la balik. i x lunch arini sbb rindu u. u percaya tak..?
love n miss u so much. nak dating.

Wednesday, November 14, 2012

slay dan ibu.

ibu aku kalau jadi secretary, mesti dia sgt cekap. dia selalu update aku bila ada public holiday and tanya aku, aku akan balik tak masa tu. sama mcm minggu lepas dan minggu ni. dia masih tanya aku akan balik x.

aku ni, hari x public holiday pun balik. kalau jarak rumah dan lab hanya sejam, aku akan berulang kot dari rumah. aku tgh byk kerja pending ni sebenarnya. aku mmg nak balik. tapi td aku tanya ibu, boleh x balik rumah hari ni and balik sini semula hari jumaat, ibu senyap and tanya kenapa.

dia nak aku dok rumah lama kot. lgpn, adik lelaki aku cuti. so dia nak semua ada kt rumah kot. comel je ibu aku ni.

masa aku sekolah sampai time degree, dia soh aku dok situ, belajar. cuti pjg baru balik. cuti sekolah atau cuti semester. jarang aku balik weekend dulu. sekarang ni dah terbalik. kalau boleh setiap weekend dia nak aku balik.

padahal, dulu aku x sibuk. sekarang ni sibuk sikit. aku baru je seminggu tak balik. bukannya aku sibuk sampai tak ingat mak bapak. hari-hari call. tapi tu la. mana sama. dulu aku x rasa homesick pun. sekarang mmg homesick. kiranya, bkn ibu aku je ada problem rindu aku. aku pun rindu nak jmpe family aku.

lagi2 bila lepak rumah pelangi. adik-beradik dia ramai. so, mmg bergaduh la selalu and cakap jerit-jerit. lagi buat aku rindu family aku gak.




baby, jom balik johor. leh g JPO ngn legoland. nak?

Saturday, October 27, 2012

slay dan entry bercampur baur.

aku x tau nak start dari mana..mcm byk aku nk cerita..tapi mcm byk yg aku dah lupe jugak. hahaha.

ok..yang ni aku ingt. sbb aku nk tekankan konsep becareful what u wish for. contoh tdekat yg tjadi kat diri aku ialah pasal tandas flight. aku gatal ckp ngn pelangi, balik nnt i nk try la toilet flight. saaa je. x pwrnah try. sekali masa balik, 2jam bhempas pulas atas flight sbb keracunan makanan. mmg siksa. bygkn la, x smpai 2minit keluar dr toilet ( setelah 10min duduk dlm tu) dah nk masuk toilet balik.

tu bkn the worst keracunan mknn yg aku pernah kena. duduk asrama, mmg mcm2 la pernah rasa mknn. drpd paku, ulat gonggok, ulat sayur tu biasa. hahaha. pelangi la kesian. dia x pernah lg cmtu. lembik betul dia masa kena tu. kitorg syak kedai yg ktorg mkn masa mlm tu la. pelangi ckp ikan dia dah berbau. tp ktorg terus bhenti mkn dah lpstu.

ok..cerita seterusnya psl perjalan balik raya aku. aku tgh sampling mingg ni n mggu akan datang ni. selllu ada RAyg rlg, maaa krg sikit la beban kerja. tp ni pelangi pulak jadi RA aku sbb RA lama aku tu pergi buat kerja yg x yh tggu, tapi dia nk tggu. pening gila aku rasa hari rabu lps. ibu dah soh balik raya. aku ckp kerja aku x siap lagi. dia soh bwk balik umah. tp mana la boleh balance electronic tu aku nk rembat dr lab.

maka pelangi diheret sama siapkn kerja aku. siang dia buat kerja dia, ptg dia buat kerja aku. dia boleh tlg aku buat keeja aku. tapi aku mmg x tau buat kerja dia. yg boleh, aku cuma leh jadi driver dia. hehehehe. aku telah berjaya x tidur 21jam hari khamis lps. ni pn belum cukup tdo lg. sbb aku bwk balik kerja kt umah lg. tp ada ibu dan adik2 tlg. n ayah aku tlg bagi upah kt diorg. hehehe.

pelangi masak nasi tomato smlm. aku nk rasa dia masak. lama dah x mkn dia masak utk aku. rasa yg latest dia buatkan aku air teh masa dtg umah dia. sbb mama dia mmg masak. x kn tiba dia nk masak lauk lain lak. mggu dpn ni mcm apa lg la hidup aku. tp sempena konsep korban n redha, aku pasrah je la.

ibu n adik aku nk dtg tlg aku kat ladang. tp x sanggup aku. aku pun x larat n bpanas. x kn nk biarkn ibu bpanas.

baby, i love u so much. selamat hari raya. don't worry. i temankan syg g outstation k. nak makan kari udang lg :P