Tuesday, September 19, 2017

Slay dan blazer

Aku rasa aku kena beli blazer byk warna sikit. Macam seronok pulak pakai blazer masa bg lecture. Dulu aku ingat nak bg lecture dgn pakai tshirt je. Tapi skrg, kalau pakai tshirt pun okay. Tapi luar tu pakai blazer la.


Aku tau cuaca Malaysia panas dan lembab sepanjang tahun. Tp skrg ni musim hujan. So, sejuk la sikit. X la nmpak pelik sgt aku pakai blazer ke class. 


Minggu lepas pakai vest. Pun buat aku rasa seronok. Nak pakai suit betul2, nak kena kumpul duit dulu nk custom fit. Kita tgk dulu sampai bila angin menyemart aku ni ada. Takut esok nk pakai selipar je pergi kuliah. 


Hari ni x jumpa bdk syg. Rindu pulak.

Saturday, September 16, 2017

Slay dan gunting rambut

Rambut aku dah mcm penyanyi rock tahun 80-an. So aku rasa dah sampai masa untuk gunting. Bagi nampak kemas la sikit. Walaupun sebenarnya aku selesa dgn gaya jalanan. Minggu lepas aku berjaya pergi office tanpa sehari pun pakai jeans. Ini memang perkembangan positif.


So tadi aku gunting rambut kat Quickcut je. Tak sempat aku nk pergi kedai biasa. Budak syg tggu kat luar je. Lps dah siap, terjadi la perbualan seperti berikut:


Aku: okay tak org tu potong?

Dia: muka u nampak lagi byk dari rambut u. 


Rambut aku lebat. Apa yg budak syg cuba sampaikan ialah aku nampak gemuk bila potong rambut. 


Sekian.

Thursday, September 7, 2017

Slay dan PA

Mungkin entry blog aku akan dipenuhi cerita hal kerje aku. Mungkin la. Tak pasti. Biasalah. Dah tua baru nak start kerja. Aku documented kan pengalaman pertama aku kat sini. Nnt2 akan datang, aku boleh imbas balik betapa aku stress dan kalut semasa mula start kerja. Untuk aku ingatkn diri, aku bukan berlari terus lps lahir. Aku lalu mcm2 fasa.


Harini pelajar baru datang ke fakulti. Aku dilantik jadi PA kpd 6 org pelajar. Tapi PA kat sini ialah penasihat akademik. Tp sekali la sama mcm pembantu am dan personal assistant kpd bdk2 ni. 


Rasa mcm tak jadi pulak nk cerita pasal bdk2 ni. Lain kali je la.


Aku tak jumpa bdk syg hari ni. So mcm kelaut sikit perasaan dan mood. Ditambah dengan kerja2 ad hoc serta kerja yang tertangguh sebab kursus 3 minggu. 


Minggu depan. Aku rasa class aku cuma sembang apa aktiviti yg diorg buat masa cuti serta wujudkn group whatsapp utk mudahkn aku cancel class kalau slide tak siap nanti.

Wednesday, September 6, 2017

Slay dan kelas

Minggu depan dah start kelas. Sem ni aku ada 3 kelas. Sem ni official dah la aku mengajar. Hujung semester aku kena hantar teaching portfolio. So, berdebar jugak la. 


Untuk budak syg pulak, ni sem akhir dia. Tadi aku buat lawak hambar kat dia.


Aku cakap macam ni kat dia:

"Best la u. Ni sem akhir u. Sem depan dah tak de class. I sem depan ada class lagi."


Dia macam biasa tenang. Lepas 30 saat dia jawab:

"Eh, bukan mmg sampai u pencen ke u ada class? Bukan sem depan je!"


Betul. Lepas 30 saat. Selalu kalau dia tersedar lambat mcmtu, dia akan bercakap sambil tangan dia cubit aku. Kalau ikutkan, semua ayat yang keluar dari mulut budak syg mmg ada tanda seruan.

Saturday, August 19, 2017

Slay dan mi segera

Selepas 7 tahun bersama, dgn bangganya, aku boleh cakap my sweet partner dah boleh masakkan mi segera selera aku dgn jayanya. 


Aku cerewet. Bawang kena potong cantik-cantik. Cili pun. Telur pun kena tak terlalu masak. Hari ni, without any instruction from me, dia masakkan mi segera selera aku. Aku mmg x letak apa-apa expectation. Aku akan makan je walau apa pun yg terhasil. Tapi hari ni hasilnya sgt perfect. 


Memang la mi segera je. Aku tak suka masak. Dia pun x suka masak. So, benda ni cukup besar. Ataupun, malam ni, aku drama lebih. Entah lah.



Love u, sygku.

Sunday, July 23, 2017

Slay dan Pelangi

Aku terjumpa gambar ni kat fb. Ada byk lagi gambar yg lain. Tp aku tertarik sgt dgn gambar ni. So aku just save sebab aku rasa mcm benda tu summarize mcm mana aku dgn pelangi. Dia tu garang dan ego. Tp pada masa yg sama, aku boleh rasa dia punya syg tu. Disclaimer: Entry ni aku nk cerita pasal pelangi. So, baca jgn smpai termuntah.





Pelangi tak baca pun blog aku lg. aku tau sbb aku tanya dia hari tu. Aku percaya dia jujur. Selama hari ni mmg dia ckp mmg tanpa berlapik. Tu korg tak tengok lagi ekspresi muka dia. Lagi jujur. Hahahaha. Sbb dia tak baca blog aku lagi, so aku boleh kutuk dia dgn tenang dan damai tanpa risau kena cubit.


Cerita aku dgn pelangi ni ada pasang surutnya. Tp skrg, rasa semua dalam keadaan terkawal. Dengan pelangi hidup aku jauh dr boring. Aku tak tau la dia rasa apa. Kalau ktorg keluar berjalan, tak kisah lah weekend or ngular waktu keje, mcm2 emosi aku lalui. Jarang jugak keluar yg dia tak de tinggi suara, atau aku tak sarcastic kat dia. 


Mungkin nampak mcm tak bahagia. Ye la. Asyik bercakaran. Tp manusia ni macam2. Pelangi ni cukup membahagiakan aku. Cukup buat aku busy layan dia dalam masa yg sama buat kerja hakiki aku. Dulu aku start bcinta dgn pelangi, aku tgh cuti belajar. Mmg flexible la masa aku. Skrg ni kira flexible lagi. Cuma x la seflexible masa cuti belajar.


Macam yg aku dh bgtau sebelum2 ni, aku mmg driver pelangi. Dia boleh bwk kereta. Ada lesen. Tp dia just tak suka. Aku cuba samakan dia punya tak suka drive macam aku tak suka masak. Boleh masak. Tapi tak suka. Rasa stress buat benda tu. Minggu depan ni dia ada kes. Last time, dia boleh pergi sendiri. Minggu ni, nak aku hantar. Aku sampai sekarang tak boleh nak predict action pelangi ni. Dah 7 tahun. 


Aku byk kelebihan. Antaranya yg plg obvious adalah berat. Mungkin sbb aku byk kelebihan, dia syg aku byk. Hahahaha. Tak de la. Dia bising aku x control berat aku. Dia kecik je. Tp nak buat mcm mana. Aku tak boleh tgk makanan terbazir. Dia makan sikit je, aku yg kena habiskn. Dia tak la suruh aku habiskn. Tp aku jenis x leh tgk makanan terbazir. Selalu tanggapan org yg org gemuk ni bahagia. Diorg tak tau sbb sebenar behind it.


Bangun pagi tadi rasa rindu sgt kat Pelangi. Jadi aku tulis la pasal dia kat sini. Kalau ikutkan, setiap masa je aku rindu dia. Walaupn dia ada sblh aku. Tak tau kenapa mcm tu. Tp skrg ni, perut aku dah lapar. Isi perut lbh penting dari cerita pasal pelangi skrg ni.



Thursday, July 20, 2017

Slay dan hari raya

Semalam jamuan raya fakulti aku dan aku menang rice cooker. Alhamdulillah. Rezeki sebab aku pinjam baju mak aku utk follow tema jabatan. Lagipun aku rasa diorg mmg sengaja bagi kat aku. Konon2 utk motivasikan aku la supaya berpakaian mcm tu selalu. Kita tengok je la nanti.


Masa diorg announce tu, tangan aku kiri kanan penuh dgn makanan sambil aku berbual dgn kwn aku. Jamuan makan, mestilah aku makan. So, aku g berjalan ambil hadiah dengan telan secepat yg mungkin makanan yg ada dlm mulut. Dah la dekan yg smpaikan. Aku harap, lpsni aku dpt anugerah yg menghargai sumbangan intelektual aku. Tp aku suka je dpt hadiah walau apa pun sbb dia. Mana tau akan ada kategori pekerja paling kerap sampai lambat ke opis. Aku okay je utk menang apa2 kategori.


Ahad lps aku mcm mental koyak sikit. Sbb kereta aku break down. Setelah aku keluar belanja yg byk. Kira mmg kering habis la. Mcm jemur baju di bwh terik mentari di musim kemarau. Aku harap jangan lah dia buat perangai lagi. Tp sbb benda ni terjadi, boleh buat aku muhasabah diri jugak la. Mmg setiap yg berlaku, ada hikmahnya.


Aku kena practice bgn pergi keje awal dr mggu dpn. Ada 2 mggu nak practice. Sbb utk 3 mggu lps tu, aku kena ada kt opis pukul 8.30am. Nampak mudah kan? Tp percayalah, susah sgt utk aku. Kalau sehari dua dtg opis pukul 8 dlm seminggu, aku okay lg. Ni 15 hari kena dtg pukul 8 dlm masa 3 mggu bekerja. Semoga urusan aku dan urusan korg dipermudahkan.


*lps 2 buah rumah punya open house weekend ni, aku nk cuba control makan sikit. Harap2 dpt la susut sikit.