Monday, April 24, 2017

Slay dan dibuli

Sebenarnya aku ni nampak je macam gagah. Tapi hakikatnya, aku selalu dibuli. Kadang2 aku rasa org tersalah anggap perangai tak kisah aku tu sampai diorg rasa diorg boleh suruh aku macam2. Kalau hal berkaitan kerja okay lagi la. Ni hal2 sampingan. 


Ada jadi sekali tu, pukul 9, kerani tanya aku kat mana. Walhal jadual waktu kerja aku flexible. Aku ingat ada meeting urgent ke apa ke. Aku cakap aku dah kat office. Padahal aku masih kat rumah. Dia ckp, "okay la kalau mcm tu. Ingat nak mintak tolong beli sarapan. Dah kat opis, x pe la". Sarapan untuk dia okay. Aku pun tak sarap lagi. 


Ni pulak td org aku tanya aku pergi tak meeting esok. Sbb dia nk mntak tlg beli sarapan dan air mineral. Untuk 12 org. Aku bkn PAR. Lain la kalau x de PAR. Aku bukanlah berkira nak tolong. Tapi kadang2 naik lemak jugak bila aku tak reti say no ni. Benda yg kerja hakiki aku, aku x de masalah. Or at least yg menyumbang kpd kerja hakiki. Ke aku yg tak tau yg kerja aku termasuk sediakan makanan utk meeting.


Dengan colleague pun ada jugak aku kena buli. Tapi yg ni, dgn yg perasan senior la. Senior umur ada la. Perasan. Padahal sama je level. Kau 51, aku 51. Apa masalah ntah.


Kang aku buat ada gap dgn org kang, org ckp sombong pulak skrg. Dah berubah la apa la. Frust betul. Org tak nampak talent aku, tapi org just nampak aku ni boleh disuruh2. Disuruh2 benda yg ada org lain yg patut buat kerja tu. Sbb tu bkn kerja aku. Aku disuruh sbb org yg patut buat malas or sbb diorg lg senang suruh aku. Kang aku buat betul2 perangai korang-patut-hormat-aku-korang-tu-siapa, baru padan muka.


Aku sebenarnya x suka budaya orang atasan-org bawahan. Tapi aku rasa, benda tu semua ada sbb benda2 mcm aku lalui ni jadi. Aku tak cakap aku baik, selalu buat baik kat org. Tak. Aku rasa aku lah org plg minimal dlm kebaikkan. Tapi kalau aku rasa smpai aku dianiaya, aku rasa cukup la. 


Tak kira org atas or org bawah, mmg amek kesempatan kat aku. Aku tak boleh buat org berhenti gunakan aku. Yang aku boleh buat, stand for myself. Kalau aku rasa benda tu patut and sesuai untuk aku, aku buat. Kalau tak, aku kena mintak tolong pelangi selesaikan. Hahahaha. Sbb hati aku x keras macam Roy.

Sunday, April 23, 2017

Slay dan kelabu

Post kali ni berbeza sikit. Tak berkisar pasal aku or pelangi. Kadang-kadang bila free, otak aku selalu memandai2 nak fikir macam-macam. Ada satu hari tu, otak aku ajak aku fikir "memang semua benda tu mmg cuma ada dua jawapan dan berpasang ke". Contoh macam salah dan betul; hitam dan putih; cantik dan buruk etc. Benda-benda mcm tu la. Hanya 1 je ke yang betul. Hanya yg extreme ke yg betul? Benda yg tengah-tengah ni tak betul? Atau dia mmg lebih berat kepada tak betul?


Contoh la kan. Rancangan pertandingan nyanyian. Bila dia buat rancangan pertandingan nyanyian yg mmg jelas lagha, bising cakap orang kita ni bila la nk maju. Asyik disogok rancangan macam ni. Aku pun antara yg cakap mcm tu la. Bila dia buat ada sedikit saduran dakwah ie. genre nasyid; org bising jugak. Cakap gunakan agama untuk halalkan benda. Lbh krg mcm tu la. Tp la kan, mana la kita nak tau, dah mmg org tu suka menyanyi, dia tgk je semua rancangan nyanyi, tiba dia tertengok rancangan saduran yg pada aku berada dlm daerah yg kelabu, boleh buat dia slowly layan lirik2 lagu tu, bukan ke lbh baik.


Ataupn, mmg seseorg tu berada di daerah kelabu, so dia selesa utk x berasa dia mana-mana warna extreme lain, mungkin kesederhanaan adalah terbaik untuk dia. Mungkin. Aku pun tak tau. Aku bukan menegakkan yang salah. Tak cakap pun siapa betul siapa salah. Tapi yang pasti, kita tak selalu betul.


Okay. Habis dah hormon serious. If there is any.

Sunday, April 9, 2017

Slay dan Perth

Weekend lepas, aku ke Perth dgn Pelangi. Berdua je. Ini pertama kali aku ke oversea berdua dgn Pelangi. So, berdebar jugak la. Sebab bcuti/berjalan dalam negara yg senang serba serbi pun selalunya jadi adventurous bila berdua dgn Pelangi. Aku cuba tulis details perjalanan sekali apa yg aku ingat, untuk kemudahan masa hadapan. Pelangi yg buat tentatif. So dia claim, dia yg bawak aku jalan kali ni.


Ktorg pergi 4 hari je. Flight tgh malam jumaat. Sampai dekat 6am. Sebab tak de beza time zone, hidup jadi mudah. Dari T1 tu, amek bus 380. Ktorg stay kat Pensione Hotel kat Pier St. So, tambang dlm AUD4.60. Bas tu tak lalu betul2 depan hotel ktorg. Tapi boleh je berhenti kat council house kat St George Terrace. Masa sampai, ktorg main redah je. Tak berhenti pn kat stop tu. Maka, merasalah jalan kaki bawak beg dlm 3km. Well, baru la susah senang bersama.


Sbb sampai awal lg, dalam pukul 9am, ktorg just tggalkn beg kat hotel dan bayar deposit. Seterusnya, ktorg follow tentatif yg Pelangi dah sediakan. Dari hotel tu, dlm 5min je ke Perth station. Yang seronok jalan weekend ialah, boleh beli tiket family rider. Harga AUD12.40 sehari, valid utk 7orang, bus dan train, pergi balik, ke mana2. So mmg jimat sgt. Untuk ke Caversham Wildlife Park, amek train laluan midland. Berhenti di Bassendean. Turun, amek bas no 955 laluan ke Ellenbrook. Nanti nampak je signboard Whiteman Park. Park ni besar. Macam2 boleh buat. Kat situ la terletaknya Caversham Wildlife Park ni. Untuk balik, ulang balik perkara yg dah buat tadi.


Weyh. Penat pulak tulis balik tentatif ni. Untuk hari lain, aku ringkaskan je la.


Hari kedua, ktorg ke Freemantle. Cari Kailis sbb nk makan fish n chip yang org dok sebut2. Dan yg penting, cari souvenir murah. Yang ni senang. Amek je train dr Perth station. Laluan Freemantle. Berhenti di station akhir tu. Nak balik, ulang langkah yg lbh krg sama.


Hari ke 3, ktorg ke Kings Park. Bapak aa besar. Penat jalan. Ni aku lupa no bas. Sebab pergi n balik ktorg naik bas no lain. Balik tu, pergi watertown premium outlet. Best lagi outlet kat Malaysia sbb duit kita tgh tak best. Kalau RM1=AUD1, mgkin mmg best. Nak ke watertown ni, leh je naik yellow CAT dr seberang Perth station. Bus CAT ni mmg free. Balik pn sama. Tp we learned it hardway. Ktorg jalan kaki celah2 bangunan. Tp sbb byk berjalan, dpt la aku minum kopi, apple juice etc tanpa rasa bsalah sgt.


Hari ke 4, balik. Tapi pagi tu, sempat gak la tunggu kedai bukak, tambah beli barang2 sikit lagi. Benda yg paling penting, beli je luggage siap2 walau mmg niat tak nk shopping. Sebab, barang2 souvenir kiriman family mmg akan jadi banyak. 


Ini kali kedua aku travel ke oversea guna duit sendiri. Aku pernah ke Vienna, Austria selama 6mggu. Ada training course, so ditaja. Dapat la aku tengok ke negara2 sekitar tu sekali. Dapat la jejak kaki ke Bratislava, Prague, Budapest, Amsterdam, Frankfurt. Pergi conference ke Bangkok pun dapat claim balik. 1st aku guna duit sendiri ke Krabi. Pergi Krabi tahun lepas, aku dpt tiket rm80 return. Habis dlm rm500 je termasuk belanja aktiviti, souvenir dan tmpat tinggal selama 4 ke 5 hari. Mmg menarik. Masa ni aku pergi, aku baru je siapkan 1st draft aku dan bg committee check.


Kali ni pun menarik, sebab pertama kali ke luar negara berdua dgn Pelangi. Lepas settle PhD, aku ada ke Melaka, tidur kat The Pines dgn Pelangi dan ke KK dgn family aku. Tapi g Perth ni special sikit sebab, pergi lepas aku dah dapat interview. So, tggu surat2 rasmi sebelum secara rasmi bertugas dgn gred baru. Rasa lapang otak. Macam reset minda gak la. Sebab sebelum tu, aku terlibat dgn Hari Terbuka fakulti. Agak stress. Tapi stress benda2 ni x sama dgn rasa bebanan stress thesis x submit2 lagi. At least, for me la.


Okay la. Panjang pulak.


Alhamdulillah.

Slay dan Pelangi

So, sebab tak de keje, aku pun edit la gambar aku dah sent ke whatsapp pelangi. Aku edit guna effect blur dari apps Tadaa. Hasilnya, dapat la pic potrait mcm ambil guna iphone 7+.


Aku: <hantar gambar> <caption: i dh beli iphone7+>


Pelangi: bila beli?


Aku: i just edit gambar tu je la. Mana ada beli pun. (Bangga sebab ingat berjaya mengelirukan pelangi)


Pelangi: sebenarnya i x tau pun mcm mana gambar kalau amek guna ip7+.




Sekian.

Thursday, March 9, 2017

Slay dan penat

Aku x tau sampai bila aku boleh kekalkan post dengan tajuk 3 perkataan. Mungkin dah ada word yg berulang. Aku dah penat sgt utk habiskan minggu ni. Otak tak berhenti fikir. Masa tidur je la aku berhenti. Tak sabar nak bhujung minggu. Nak rehat. Sebenarnya, penat sebab berfikir ni, mmg boleh buat badan letih. Kadang2 fikir je lebih, tapi tak take any action pun. Tak selesai or siap jugak keje. Badan je yg jadi penat. Macam keje sia-sia jugak la jadinya. Nak buat mcm mana. Tak de suis yg boleh ditutup. Terpaksa la main fb ke twitter ke ig ke utk distract otak. Tipu otak tu. Soh dia buat benda lain. Aku tengah tggu pelangi abes class ni. Ni baru minggy ke 4. Lagi 10 minggu la utk habiskan sem ni. Sekian. 

Sunday, March 5, 2017

Slay dan sapu tangan

Dulu kala, aku ada habit bawak sapu tangan. Dari zaman sekolah rendah. Yang aku ingat, zaman degree, aku masih bawak handkerchief. Tak perasan bila aku drop that habit. Mgkin dlm 7 tahun ni. Aku mmg letak kat pocket seluar belakang. Sebelah kiri. Sebelah kanan aku letak wallet. Kunci kat pocket depan kanan, hp pocket kiri.  Aku randomly teringat pasal ni. Rasa macam nk buat mcm tu semula. Tak yah la keje mintak tisu kat pelangi. Kadang2 pelangi siapkan sepaket tisu untuk aku. Tapi selalunya, aku x tau ke mana pergi tisu tu. Pelangi bercuti ke Bali. Hari ni aku tak dapat reach dia lagi. Rindu. 

Wednesday, March 1, 2017

Slay dan sentiasa malas

Aku patut dah start mengajar semester ni walau belum dapat lantikan rasmi. Tapi rezeki, ada org lain x cukup credit. So, kelas aku bagi kat dia. Aku just kena share ajar 3 mggu je punya kuliah. Tapi amali sepanjang sem la. Okay la ada keje sikit.  Tapi yang aku kurang berkenan, aku selalu kena buat keje arahan semasa. Yang nak cepat. Contoh terbaru, jumaat ni kena bg lecture. Yang slide dia aku kena buat. Hari ni dah rabu. Lepastu, meeting suka2 main ubah2 tarikh. Dah la kena bg progress masa meeting. Byk pihak aku nk kena deal. Kadang2 aku cari tak dapat jumpa. So takes time. Aku ada masalah kalau mcm tu. Rasa jiwa berkecamuk kalau tak ikut aturan awal yang aku dah set kat otak aku. Kalau x set lagi, x pe. Okay la. Kalau aku nk bebel, mmg panjang lagi. Tapi sebab dah tak cukup masa, aku kena paksa diri. Biasa bila keja dah pile up, malas aku pn pile up sama. Tak tau yang mana 1 dulu. Keje jadi pile up sbb malas pile up ke atau malas jadi pile up sbb keje pile up.  Sekian.